Memaparkan catatan dengan label Life is SomEthiNg.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Life is SomEthiNg.... Papar semua catatan

Rabu, 20 Julai 2011

Sebab pa lelaki suka dengan susuk tubuh wanita?>..

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


kerana cinta, dosa wanita ditanggung lelaki..
kerana cinta, pahala mereka tidak dikongsi..

Selasa, 28 Jun 2011

Allah sebagai pemelihara

Aku terbaca dalam satu blog tu...memang perkataan yang dia keluarkan buat aku rasa ...eh aku tk penah lagi dengar orang tulis macamni....


"kalo xde org snggup terima dia lagi..xpe..ckup ALLAH sbg pemelihara dia"
bace pon sadis kan...

Mendalam kan...banyak hikmah....bukan untuk kekasih kita ja ditujukan...
tetapi untuk orang sekeliling kita....

Ok aku pon nak cakap jugak...kalau orang lain tak dapat terima aku cukup lah sekadar Allah terima aku jadi hamba dia...
WOHA.....

Rabu, 22 Jun 2011

Insuran dan Roadtax kereta

Assalamualaikum....
huhuhu tak sangka dah 3 tahun pakai kereta...
dan setiap tahun tu lah duit aku akan melayang...
selalunya guna bonus dari ASB...
tapi tolak tambah bahagi darab semua...
bonus ASB tah kemana...
huhuhuhu....
kalau masa time ambik kereta tu insuran dan roadtax agak mahal...
tu untuk tahun pertama...
tahun kedua kurang RM 300.00 ja...
tapi stil ribu riban jugak...
OK untuk tahun ni aku try tanya dan kira...
cecah RM 1K jugak...
adoi ai mana nak korek ni...
gaji??? = banyak dah cabang nyer...
pinjam kawan??? = tak moooo...nti kena cr duit tok ganti jugak...
ASB??? = glurppppp....
Mintak Family???? = Malu....
Pinjam kat tunang??? = ummm pilihan terakhir...
Kutu??? = 1/2 ja membantu...
adoooiiii sapa nak tolong saya...
lastdate 29 Jun ni...
giler kejap......


Nota Kaki : STILL DALAM DELEMA......

Jumaat, 10 Jun 2011

HARI KEBUZYAN...(apa bahasa aku ni)....

Salam...
Dalam kebuzian time bos tak da ni banyak perkara kena buat...
semua nya mintak tolong...
OK lah saya tolong...
sebab saya rajin membuzykan diri...
saya anggap kerja ni kerja yang dikira dalam SKT...
Perenggan terakhir...yang berbunyi...
"Perkara yang diarahkan dari semasa ke semasa"...
FINE...saya tak marah...
Saya ikhlas...hehehehehe...
OK lah...
Nak Balik Seremban Ni...
Jumpa saya dekat Pasar Malam Ampangan...
Dekat tempat Jual Air Soya...
"Daud Soya Enterprize"....
hohohoho....
Datang lah yer....kalau rasa nak tegur...
tegur lah ya....

"Air Soya = Minuman kesihatan"....

Ni kira aku memang tak da keja...
dok promosi ni...
hahahahahaha....

NOta Kaki : CC maafkan saya...sambil buat keja sambil berVlog.......

Selasa, 31 Mei 2011

Jangan bermimpi...

Assalamualaikum...
Pagi ni tetiba ja terasa ni buka blog "Jejari Runcing".....
Wahhh terkejut den...
rupanya Pemilik blog "Jejari Runcing" ni dah bertunang...
huhuhuhu...
Dengan encik MIA dia lah...
hahahahaha
Hai Elia,i'm ur silent readers....
Kepada peminat encik Khairul Fahmi Che mat....
jangan sesekali bermimpi lagi kerana dia sudah bertunang...
huhuhu...
tema yang digunakan untuk E-day Elia ni..
bertemakan padang pasir....ala -ala Arabian lah...
kreatif kan...tengok persalinan dia...
cantik sangat...Elia kan memang cantik....
kalau nak tengok gambar lagi g kat blog dia...

Kita tumpang copy gambar awak sebab kita suka tengok tema E-day awak....

Jumaat, 27 Mei 2011

Pirate was here.....

Assalamualaikum...
Kalau tengok gambar ni macam aku bermimpi....
tapi aku masih berada dia alam yang nyata...
Tepuk + Tampar pipi ni rasa sakit...
betul ka apa yang aku nampak depan mata ni??
"Kapal Black Pearl" depan mata aku.....
Uiii kat tepi kapal ni banyak sangat sangat harta karun...
aikkk tengkorak pon ada jugak...
Mana kapten Jack Sparrow???
tak nampak pon...lanun-lanun yang lain pon tak da....
eh???...tak nampak laut pon...
Oiittt aku da kat Midvalley ni...
aku tak bermimpi...

Hok allo...banyaknya harta....

Ni kot kapten Jack Sparerow tu bila dah kering....hahahaha...dok tersidai macam kain baru pas basah dari mesih basuh......

Nampak tak gambar kapten Jack Sparerow kat banner tu?...so dia memang ada lah kat Midvalley ni....Pihak pengurusan Midvalley ni memang kreatif...nampak macam real ja diaorang buat...kalau da filem-filem baru nk keluar...mesti diaorang buat macam ni....macam berada dia dalam filem tu sendiri....Tok kali ni Pirate nak keluar so pihak pengurusan buat lah macam ni...cantik kan???sebelum ni diaorang wat decoration tok filem Alice In Wonderland...memang macam pelangi dan berwarna warni...

Nota Kaki : nak tengok wayang datang lah kat Midvalley ni...leh tangkap gambar dengna kapal ni dan tengok kapten Jack yang jalan kelakar ni bersidai...

Rabu, 25 Mei 2011

Review :- KAHWIN....

Assalamualaikum...
Moga kalian semua ceria di hari yang pagi panas dan petang hujan ni....
Ok lah...hari ni saya dok belek-belek "Cik Non" saya ni
ada gambar kawin kawan-kawan dengan sepupu lah...
Huhuhu bila tengok gambar orang kawin ni rasa nak kawin lah pulak...
hahahahaha......
Juz nak kongsi gambar dan tema perkahwinan diaorang....
mana lah tahu terbit idea tok majlis korang nanti...
hik3...

Tema : HITAM PINK

Ha ni adalah majlis perkahwinan kakak sepupu aku...hari ni lah hari paling sibuk aku jadi potograper...hahaha....lantik diri sendiri jadi potografer...Tema untuk majlis perkahwinan ni semua calour Pink + Hitam ....pelamin, baju, khemah, bilik, meja makan semua decoration calour Pink + Hitam...Menarik kan....
Itu gambar aku tengah tepung tawat pengantin...sekali dalam seumur hidup aku wat macam ni...mula-mula malu tapi last-last beranikan diri..hehehe


Tema : HIJAUPINK

Ni kawan aku satu kelas masa kat poli dulu...dia pilih tema segar mata memandang...Pink + Hijau...Memang cantik dan segar ja...dari jauh dan nampak dah kemeriahan perkahwinan ni...tapi bagi aku memang cantik...aku betul-betul suka pelamin dia..cantik gilerrr....aloh tak da gambar pelamin dia yang full.Pink + Hijau.aku suker jugak...

Tema : PUTIHPINK


OK ni bukan majlis perkahwinan k...ni majlis pertunangan ja...Tapi stil sweet...mini pelamin pon sweet ja...cantik...aku suka sebab warna dia ceria PUTEHPINK...ni sepupu kepada kawan aku...urmm tak kenal ngn kak ros ni tapi aku folower blog dia...cantik kan??

Tema : DARK PINK PURPLE

Ni housemate aku dulu...dia buat majlis di Melaka masa hari buruh yang lalu...tema colourPINK PURPLE ...memang cantik...tapi aku lagi suka warna PINK PURPLE yang soft sikit...tak pa tu minat masing-masing kan...


Tema : BIRU FIRUS@TEAL

Ok ni kakak angkat aku masa aku sekolah dulu...nama dia SITI AISYAH...dia lemah lembut ja...huhu terubat rindu bila jumpa dia...last jumpa dia masa saya tingkatan 3...lama tak...jumpa dalam FB pastu dia ajak wedding dia...warna tema wedding dia BIRU FIRUS@TEAL memang saya suka...cantik sesangat...saya macam suka dengan colour BIRU FIRUS@TEAL ni...rasa tema saya nanti saya nak buat colour macam ni...saya suka sangat...dan warna dia memang mengoda saya...
Dia wat dress baju ni...saya dah jatuh cinta dah dengan warna dia....

Kalau korang kenal pengantin nilah "Si Gaun Putih"...Sejak dia kawin dia dah jarang update blog...saya suka colour BIRU FIRUS@TEAL ni...saya nak wat majlis saya colour ni lah.....insyalah.....

Untuk tema warna B2B tahun 2011 ni kebanyakan warna BIRU FIRUS@TEAL ni...untuk tahun lepas ramai yang wat colour silver dan hitam...kalau colour pink tu memang selalu ja ada orang buat...kan3...OK sapa nak jadi Bridemaid aku kena cari baju colour ni k...tapi tak tahu lah kawin nyer bila...hahahaha

Nota Kaki : tahun kawin dh tahu tapi tarikh nyer belom ada lagi....

Jumaat, 6 Mei 2011

Terkopak, mengopak dan dikopak lagi...

Salam.....Huiii ri ni salam ja...tak da dah nak tulis salam tu panjang-panjang......sabar ja lah...
Hari ni saya tak nak jadi mak lagi macam semalam...hari ni saya nak jadi saya/aku jer...
hahahahaha....(gelak lagi)......Hari ni nak cerita tentang hal semalam yang saya janji nak cerita...
Cerita yang tak berapa nak happy lah....tapi cikit2 ja lah epy...tapi tak heppy jugak sebab diselamatkan oleh heroo...Watcaaa.......urmm pening3.....

Aku tak nak cerita tentang apa yang telah dimake-over oleh si hantu pakai spek...tapi aku nk citer tentang kekejaman aku kepada Miss White ni...yang telah mengopakngapikkan duit aku dan menambahkan kekecewaan aku......biar aku kupas 1 per 1 lah yek.....

First sekali nak cerita tentang aku nak masuk parking kereta kat umah aku tu...walaupun tempat parking aku ni horror sikit...tak berbumbung, space kecik muat-muat ja tok miss white, di lereng bukit tapi miss white tetap comel bila parking kat situ...Tah macam mana tah aku silap parking ri tu.... skrit miss white ni koyak sebab kena divider...'Kreekkkkkkk'...bunyi dia...huh berdebar aku....terus aku betul kan kedudukan miss white betul2..dan bila dah parking ja tengok ....Masyaallah...takot nya tengok...aku dah gabra dah ni...terus masage si hantu pakai spek...dia apa lagi...'Ya Allah'...'awak ni masuk parking tak betul lah tu"..ha kan kena sekali kan...memang serius k...skrit tu pecah dari tengah ke belakang...calar kat tepi...so terkulai2 ja lah skrit tu...aku biarkan ja lah sebab si hantu pakai spek tak da...niaga....esoknya aku bawak kereta ke rumah hantu pakai spek...tapi yang pelik nyer kereta tu boleh jalan smapi ke Nilai..anta adik hantu pakai spek balik ke kolej dia...hahaha...tapi sekarang ni dah ok dah...seb baik hantu pakai spek ni pandai bab pomen2 keta ni...tak da lah nk gabak sangat duit nk beli skrit baru...tapi hantu pakai spek soh kumpul duit..sebab skrit tu tak boleh bertahan lama dah...OK...Kopak aku.....!

Hal yang kedua...pasal batery kereta.....al-kisahnya lepas skirt tu dah OK diikat kemas dan di clip baik punya oleh hantu pakai spek..aku bawak kereta si Cerdik kelabu...huhuhu...2 minggu aku bawak si cerdik kelabu ni.....termasuk lah masa time g kursus kat PJD tu...Ok bila dah rasa rindu ngn Miss White tu baru tukar...dah 2 minggu tak bawak mis white agaknya dia merajuk ngn aku...aku biasa dari Seremban pukul 6 pagi...sampai kt KL dalam pkul 7.30 pagi...terus masuk keja...tah macam mana bila sampai ja kat parking opis ni...nak parking keta trus ja miss white mati enjin dia...start-start balik tak boleh...aku pn tolak ja lah keta masuk kotak parking tu...chek2 upenya batery kong...mungkin aku tk berapa nk jga dia sangat...lagipon dia dah 2 tahun setengah aku pakai...so dia nk yang baru...aku pon coll ah si hantu pakai spek...dia dari Seremban turun KL semata-mata nak tukar batery baru ja tok Miss White..HUH...lega seb baik da dia...kalau panggil pomen kat area KL ni...maun baratus-ratus aku kena.....Lega tapi aku kopak lagi sebab kena bayar duit batery baru dgn belanja dia makan....tak pa lah...orang dah tolong kita mesti hargai.....
Sory gambar kurang menyeronokkan...

Hal yang ketiga...aku terlanggar batu kat depan rumah mak ngah...bumper depan miss white kat belah tepi tu terus ternaik...aku dah tolak2 masukan pon dia tak mo masuk dah...aku col si Hantu pakai spek...citer tentang ni...terus dia marah aku..."awak lepas ni pakai ja si Cerdik tu...awak memang tak boleh pakai Miss white ni..tak reti nak jaga..."..Sentap siut...tapi aku sabar sebab dia ja leh tolong aku...tak da orang lain lagi dah....bila dah bawak mis white balik seremban ja..jumpa dia, dia kata Clip masuk tok bumper tu dah patah..so tak leh nak buat apa lagi dah...so biar kan lah dia ternganga macam tu...HUH....aku marah lah dia...sebab dia memang boleh buat...tapi aku pasrah ja lah...tapi dah ok dah sekarang...tangan lelaki ni benda yang dah patah ja boleh sambung balik...biasalah tu...

SO MORAL STORY NYER BAIK-BAIK BAWAK KETA...KALAU TAK NANTI DUIT KO YANG KOPAK...HEHEHEHE.... untuk pengakhiran bagi cerita ni aku nak bagi tahu...actully aku dah insaf nak bawak keta ganas2 macam lelaki ni...aku bawak lembut2 ja macam perempuan yang sopan...dan lastly....aku ditawarkan untuk ke "Kursus Penyelenggaraan Kenderaan". di JKR Woksyop...kursus ni untuk perempuan sahaja...lebih baik aku pergi...tapi kursus ni macam perli aku ja lepas apa yang dah berlaku dengna kereta aku sepanjang bulan April yang lepas...

Doa aku...moga kesilapan dah kecuaian aku seperti diatas tidak berlaku lagi...aminnnn

Isnin, 11 April 2011

33 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna.... istiqamah.....

1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, 4.alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

5.Tidak mengeluh dengan masalah r...emeh kehidupan hariannya.

6.Bercakap dengan rendah suara.

7.Lembut dan halus tingkahlakunya.

8.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

9.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

10.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

11.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

12.Pandai mengambil hati orang tua.

13.Menghormati dan taat ibubapa.

14.Kesayangan keluarga dan tetangga.

15.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

16.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

17.Rambut tak diwarnakan.

18.Banyak dan murah dengan senyuman.

19.Banyak mendengar dari bercakap.

20.Senyuman adalah ketawanya.

21.Tidak ketawa terbahak-bahak.

22.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

23.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.

24.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

25.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

26.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

27.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

28.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

29.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

30.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

31.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

32.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

33.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


Selasa, 22 Mac 2011

Taubat...

ALLAH...

Sukarnya mendidik nafsu

Yang sentiasa ingin

Membawaku jauh dariMu


ALLAH...

Gusarku memikirkan

apa yang perlu kulakukan

tatkala begitu sukar'

untukku melawannya


ALLAH..

ku tahu

aku hanyalah hambaMu

yang hina lagi menjijikkan

dengan dosa-dosa

yang kulakukan

sama ada sedar atau tidak

namun,

ya ALLAH..

dalam sudut jauh hatiku

aku ingin menyintaiMu

merinduiMu

dalam setiap saat

hidupku yang tidak tahu bila tamatnya


ALLAH..

aku takut

aku takut aku berada jauh dariMu

dugaan godaan dunia

termasuk

nafsu yang menggila

ingin menguasaiku

amat menguji imanku


ALLAH...

terkadang seperti mahu saja

aku rasa cemburu dengan malaikatMu

sentiasa beribadah dan taat padaMu

tergelakku sendiri

bila akal yang suka fikir ini

memikirkan perkara yang entah apa-apa


ALLAH..

siapalah aku dalam pandanganMu

adakah aku berada dalam pandanganMu

atau Kau telah berpaling

dari melihat hambaMu

yang hina ini


ALLAH..janganlah Kau murka padaku

ALLAHURABBI..ALLAH..ALLAH...

Ampunkan dosa-dosaku

dosa kedua ibubapaku

dosa keluargaku

dosa guru-guruku

dosa sahabat-sahabatku

dosa sekalian muslimin musilmat

termasuk golongan beriman sebelum kami

Rabu, 16 Mac 2011

Ku bersyukur kepada-MU...





















رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

(Al-Ahqaf : 15)


Nota Kaki : Alhamdulilah ya-Allah doaku selama ini semakin engkau kabulkan...aku benar-benar bersyukur kepada-mu...sesungguhnya doa kedua ibubapa, adikbradik dan orang yang tersayang adalah doa yang mabrur....Semoga 'dia' benar-benar berubah dan engkau tunjukkanlah....Allah Maha Besar dan berkuasa.

Adakah aku mampu??




Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkan lah aku dengan amarah ALLAH....

Jika aku bersedih pujuklah aku dengan tarbiah pencipta....

Jika antara kita ada tembok pemisah, Leraikanlah ia dengan Ukhwah....

Jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah,

Namun satu pintaku berjanjilah...ukhwah kita untuk selamanya....

Selasa, 15 Mac 2011

Perempuan itu indah apabila.....


Seorang perempuan itu lebih cantik berseri dari 3 perkara :
1. Apabila dia bertudung. 2. Apabila dia sudah bernikah.. 3. Apabila dia sedang mengandung

Isnin, 7 Mac 2011

LUCK.....

Goole search....

Ini bukan hari yang bertuah bagi saya...
tapi hari yang sedih bagi saya....
entah kenapa jadi gini pon tak tahu...
tidak mengapa...
saya terima...
mungkin belum masa...
nak buat macam mana??
ianya bukan boleh dipaksa..
terima seadanya...
mungkin ada hikmah disebaliknya..
saya hanya mampu berdoa...
moga dipermudahkan olehnya...
InsyaALLAH....

Rabu, 23 Februari 2011

aKU RINDU korang tapi APA KAN DAYA.....


TO :-
.........MY GOODNESS FRIENDS......

NUR NAZIHA AMIRAH BINTI MOHD ZULKIFLY
&
HALIZA BINTI AZIZ

rindu sesangat kat korang...
terharu sangat bila korang coll Nad ri tu...
ingat jugak korang kat Nad eh..
Nad memang dah ingat kat korang...tapi tak tercapai fon nak coll korang..
Nad tahu sejak Nad dah tunang Nad tak da pun berhubung dengan korang...
nak2 pulak Nad dah pindah rumah lagi lah kita lost contact...
bukan ada apa2 pon....
bukan niat nak menjauhkan diri...
tapi Nad ingat kat korang jugak...
cuma jarang berhubung ja...
selalu view wall korang kat pesbook tu...
nak tahu jugak perkembangan korang...
sihat ka tak, sakit ka, epy ker, sedih ka....
insyaallh wat masa ni tuhan tu masih sedarkan Nad dengan jasa dan pengorbanan korang kat Nad...
baik kak LIZA atau kak JIHA...
kebaikan mu tiada tandingan....
bukan untuk memuji tapi sifat tu memang ada pada korang....
nasihat, bimbingan selalu nad ingat....
Walaupun jauh Nad doakan yang terbaik kat korang...

Kak Liza :- kita sama-sama tempuh alam pertunangan ni k...sama-sama jaga laki kita, sama-sama jga kesopanan dan kesusilaan kita....
Kak jIha :- be a Good MAMA to ur daughter...(Iman Nur Damia)....hpe bila tme bersalin nanti akak dipermudahkan...rindu nak peluk akk...

Ada masa dan kelapangan Nad akan datang jumpa korang k...
Kalau ada salah dan silap Nad minta dimaafkan lah...
Sebab Nad tak tahu bila time Malaikat Izrail datang ambil nyawa Nad...


Nota Kaki : to Eisya iesha...Rindu kat ecah jugak...huk2...sj ja tk nak interfrem nama ecah kt atas ..hahaha ecah mesti sentap kan..wawawa.....

Dah bayar zakat ka belom???

Lafaz zakat...


Salam.....(Dan2 nak bagi salam ek...kalau tak tu terjah jer...)
Korang dah tunaikan zakat ke belom????Kalau belum pergilah tunaikan cepat-cepat....Sebelum terlambat....nanti dah terlambat susah...sekarang ni Allah s.w.t beri kita rezki yang cukup malah kadang2 terlebih kan...contoh nyer lah yek : korang dapat bonus 4 bulan gaji...WOOOWW!!!!!!... tapi jangan lah pulak cepat lupa diri...tunai kan zakat tu sebelum terlambat...ya lah Allah s.w.t tu kalau nak tarik nyawa kita, dia tak bagi tahu pon, kita kena bersedia...Kalau dia nak tarik rezeki kita dia tarik ja macam tu...bukan nyer dia SMS kita dulu bagitahu nak tarik rezeki kita kan...SO...kita lah kena hati2...mana yang wajib untuk kita buat tu kita perlu buat....
5 rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

Sebenarnya saye nak citer tentang saya telah menemani kawan saya ke Pusat Zakat dekat Masjid Negara...saya memang menawarkan diri tok menemani dia kesana sebab saya tak penah bayar zakat sebenarnya...sebab tak cukup Haul lagi....sekurang-kurangnya bila saya teman kawan saya tu saya tahu lah tatacara nak bayar zakat ni.... contoh2 zakat yang kita perlu bayar ialah :

1. Zakat Wang Simpanan...(Bank/ASB dll)
2. Zakat Saham
3. Zakat KWSP
4. Zakat Emas
5. Zakat Perniagaan

Saya sebenarnya tak berapa nak faham lagi tentang hitungan zakat ni...berkaitan zakat harta lagi lah saya bercelaru sebab dia banyak nisbah-nisbahnyer....tapi kita kena tahu sumer tu....atleast kita tahu apa yang patut kita tahu sebagai contoh macam zakat-zakat yang perlu kita bayar seperti diatas tu....Untuk nisbah zakat pada tahun 2010 (Tahun lepas) untuk wang simpanan adalah melebihi RM 9300.00 baru lah kena zakat untuk tahun tu....bagi wang simpanan dia yang dah beratus-ratus ribu ianya dikira dari hitungan baki yang paling rendah didarab kan dengan 2.5 %.......
Contoh nya :

Wang Simpanan = RM 11000.00 (baki yang paling terendah untuk tahun itu)...
Peratus potongan 2.5%...

RM 11000.00 x 2.5% = RM 275.00 (inilah jumlah zakat yang perlu dibayar pada tahun tersebut)

Sama jugak untuk zakat yang seterusnya...Kena ingat kita kena bayar zakat untuk Setahun taw... pengiraan zakat pn untuk setahun = 12 Bulan....baru cukup haul nya....
Untuk zakat emas pon sama...sapa ada emas yang banyak bergram2 tu, rantai berselirat kat leher tu...cincin sampai tak cukup jari nak pakai tu bawak-bawak lah g bayar zakat....bukan susah pon...kuar kan sikit duit nak bayar zakat tu...kita bayar sikit ja tapi yang kita dapat tu BERBALOI-BALOI......
So kesedaran tu dah lama ada keinsafan tu bila lagi???

Tu kawan saya yang tengah lafaz zakat....(Staf PPZ tu hensem lah pulak)..

Pusat Pembayaran Zakat di Masjid Negara..


"TUNAIKAN ZAKAT SEBELUM TERLAMBAT"

Nota Kaki : Untuk tahun 2011 nilai zakat yang perlu dikeluarkan ialah RM 10300.00...so kalau korang ada simpanan/emas/harta lebih daripada RM 10300.00 ni kena lah bayar zakat...

Selasa, 22 Februari 2011

Dating dengan ayahh...


Nak citer tentang hari cuti minggu lepas ni... Hari sabtu ri tu.....Ayah saya telah mengajak saya ke Bentong Pahang untuk mengambil dokumen dari pegawai di sana....Saya dengan rela hati mengikut dia kesana walaupun saya tahu ianya agak jauh....eh lupa pulak nak bagi tahu ayah saya ni salah seorang anggota pakaian seragam..keja dia di bahagian transpotation ni...Anta orang g sini, ambik pegawai dari sini bawak pulak kesana, kadang2 meronda2...mcm tu lah keja dia....Saya pun akur dalam kol 9.30 pagi bertolak dari Seremban ke Bentong....ikot jalan lame taw...ha jgn tak tahu ikot jalan lame dari Seremban-Kuala Pilah- Batu Kikir-Manchis-Pekan Karak dan Bentong...penat kot...3 jam dok ja dalam kereta...jalan pulak macam rail rollercoaster...pusing sana, pusing sini...pusingan 360 darjah pon ada.....seb baik tak muntah ja....itu pun ayah macam teragak2 jalan...betul atau tak???...dia tanya saya balik....adakah saya tahu tempat dituju tu...Kat Pahang tu yang saya tahu pekan Termerloh dengan Felda Jengka 1-25 ja....itu ja lah yang lain tk penah troka lg.... Dengan perasaan yang yakin ikot signboard yang ada ayah kata betol ni kot...saya ok jer...sebab masa kt Manchis nak sampai ke Pekan Karak tu saya tido...huhuhuhu...best jer saya tido...ayah bawak keta...hik2....Dari jalan besar nak ke tempat tu memang agak jauh...dlam masa 40 minit jugak lah...saya pulak da tak sabar2 dah nak sampai sebab dah penat sangat dah duduk dalam kereta ni.... Bila sampai ja tempat yang dituju tu aku pon excited tengok tempat tu...nak thu tk tempat apa?...KOMPLEKS PENJARA BENTONG...korang takut tak bila dengar??ha ni lah keja ayah saya bawak penjahat, penyangak, pembunuh, perogol, pencuri, peng-ahlong, pengedar, pengisap, sume nyer yang peng lah dia bawak suma orang2 tu kat Penjara ni...eh...jgn salah paham saya bukan peng diatas k..aku cuma PENG-neman dia ja ke sini....memang banyak lah ayah citer tentang pengalaman dia jadi sorang pemandu di bahagian ni...tentan pengalaman tu nti lah saya citer kt lain entry taw... Bila dah nampak dari jauh saya dah tengok dah tempat ni dipenuhi tembok tinggi sangat...kukuh ja tembok tu...sempat jugak snap gambar...sila scroll di bawah k....


Sampai kat pintu pengawal tu ayah tunjuk lah card dia so saya dapat past pelawat....bila masuk ja trus cari tempat reception untuk melawat sebab kat situ lah tempat pengurusan dia...so bila dah parking saya pon turun dari kereta mengeliat ke kanan ke kiri baru jalan ke pejabat pengurusan tu...saya tak boleh masuk tempat pengurusan tu...saya dok ja kat kerusi luar...tgu ayah masuk kat dalam tu...cuba bayang kan saya sampai dalam pukul 12.30 tghri pastu pukul 1.00 tenghari ja ayah kata dah selesai ambik dokumen tu...huh!!! sakit nyer ati,,,penat dok dalam keta tadi belum abeh lagi ayah dah ajk balik...ishhhh...tak sampai kot sejam dok kat situ....dah ayah ajak blik saya pon balik...yang lagi tak besh nyer ayah soh saya bawak kereta pulak...alamak!!!ni bukan peneman dah ni, jd driver terus lah gini...urmm saya pon bawk ja lah...sampai lah rumah....tak penah saya bawak keta dari Bentong-Seremban...Tp saya bersyukur dan anggap ia sbg pengalaman saya...hik?...


Nota Kaki : Best jugak jadi peneman ni, tapi bawk kereta sendiri ayah isi minyak RM 60 tapi keta saya kan sabe minyak kan guna dalam RM 30 ja..yang lebih tu ronda2 lah...pastu ayah jugak belanja makan kat Pekan Karak tu...Boleh lah janji tak lapar...

Rabu, 9 Februari 2011

Entry yang dah lama nak post tapi tak post2 lagi...sekarang baru nak post...Tajuk entry ni 1 Febuari 2011

Tengah berkira2 nak balik Seremban ka tak, Balik ka tak?????...argghhhhhh...
Hari isnin tu dah janji dengan Nurul nak kuar g IKEA jalan2...tapi macam tak comform ja sebab nak jimat duit kan..tapi kalau tak pergi rasa rugi duduk kat rumah ja cuti2 ni...tapi mengenangkan duit dah kian sempit ni...aku ambik keputusan dok rumah ja....biarlah cuti aku dirumah ja...

Tapiiiiiiiiiii.....Makngah ajak balik Seremban sebab nak hantar adik ipar aku balik sana...adoiii ai..berat ja rasa nak balik sana...aku nak balik sana kalau ada tunang aku ja...tapi wat masa ni kalau boleh aku tk mo jumpa tunang aku...tah lah 2 3 ari ni aku rasa macam jauh hati dari dia...dengan masalah dia beban bagi aku...aku memang nak keraskan ati tak nak jumpa dia wat masa ni....aku tak nak balik kalau orang tanya tentang dia tu??...tapi kalau aku tak balik nanti mak dia kata apa pulak..sedangkan mak dia tahu aku da kt umah makngah time tu...Nak tak nak aku balik jugak lah...tapi siap pesan dengan adik dia soh tanya abg dia ada tak kat umah..yalah sebab aku kalau boleh tak nak jumpa dengan dia kan.....Bila adik dia dah col kata abg ada kat rumah sana so aku pon dengan sedih ati cakap tk palah...time tu pon aku dh siap2 dah...so jalan ja lah....

Bila dalam kereta tu aku berdoa ja agar tak jumpa dengan tunang aku nanti...terus aku tertido dalam keta...HEAVEN sangat tido dalam keta..hikkk....bila smpai Seremban ja berdebar-debar dah ni..pastu terus ja kat mak dia yang tengah niaga kat sekolah agama tu...dari jauh aku tengok kesian ja mak dia....dah tua-tua keja lagi kan...bila aku datang kat situ aku tengok ja lah...seronok lah jugak tengok mak dia meniaga layan budak2 tu...wat masa ni tak sempat nak borak ngn mak dia lagi...sebab mak dia pun tengah buzy...

Lepas abih ja niaga g umah baru PakMok...dekat ja dengan rumah tunang aku tu...rumah dia bru beli ni besar giler...memang best lah...pastu murah pulak tu...RM 125 ribu ja..rumah dh siap renovate depan blakg, carporch pn besar, dapur dah siap cabinet sekali...Huh...senang ja hati kan...so bila dah penat tengok pakmok buat keja kitaorg pun balik lah rumah mak mentua...(auuwww)....kat situ aku ngn adik ipar aku masak burger..huh seb baik lah aku reti ja masak burger...lepas ja masak tu aku teman mak dia kira duit niaga petang tadi...masa tu lah mak dia cerita dari hati ke hati tentang tunang aku...luahkan perasaan dia kat aku...aku pn cerita lah apa yang aku tahu tentang kegiatan tunang aku tu...tapi tak abeh nk cerita adik dia datang borak pulak...huh!....sedih ja aku tengok mak dia...lagi perit daripada aku terima kan....

Lepas sembahyang maghrib ja mak ngah dah ajak balik...aku pon salam lah mak dia..cium pipi 3 kali...tapi kali ke-3 tu mak dia cium pipi aku...huh...mak aku pon tak penah wat macam tu kat aku....sedih ja asa...air mata aku berlinang dah masa tu...bila aku nak kuar ja dari rumah mak dia sempat pesan 'Jangan terlalu pikir tentan tunang aku sangat'..aku pn balas 'Ya lah mak cik...kita kena bagi masa kat dia tok berubah..'..mak dia angguk jalah...so bila mak dia kata macam tu aku rasa beban aku tanggung tu dah lepas dah...sebab bukan aku sorng ja yang pikir tentang ni, tapi mak dia pn sama jugak...pikir tentang anak dia tu...sedihhhhh222....aku dh berlinang air mata dah...arap mak dia tk perasan...tapi mak dia tahu pa yang aku pikir kan...

Balik ja sampai umah tunang aku talifon sebab masa dah smapi tu aku msg dia aku ckap aku kt umah mak dia...tapi malam baru dia col aku...aku cakap lah aku dah balik KL dah...dia kata ok jer...aku tk mo jumpa dia wat masa ni...aku benci dia...aku tk gaduh dengan dia tapi apa yang dia buat sekarang ni aku tak suka...bukan aku ja tapi family dia pon tak senang dengan apa yang dia buat tu...bagi aku buang masa...kadang2 aku malu jugak sebab tunang aku tu janji lain dengan family dia tapi buat lain.......

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

RABBANAA AATINAA FID DUN-YA HASANAH, WAFIL-AAKHIRATI HASANAH, WAQINAA 'ADZAABAN NAAR

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Al Baqarah: 201)

Nota Kaki : Doa kebaikan dari aku untuk dia...moga dia cepat berubah sebelum masanya.....aminnn....

.......

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-9 dalam bulan Febuari ni...ishh cepatnya masa berlalu ek...Ummi makin lama makin takut plak dengan masa...sebab rasa malam tadi tido kejap ja, sedar2 dah pagi...hari ni g keja masuk keja wat keja tengok2 jam dah time rehat....adakah masa untuk dunia kita ni dah sampai ke akhirnya?????......takot lah Ummi macam ni...awuuuuuu.......(ini bukan sound efect anjing menyalak)...Ummi tak puas enjoy lagi...tapi janji ALLAH swt tetap 1...Kiamat tetap WUJUD....Betul kan kalau pendeknya waktu antara Tanda-tanda Kiamat Kecil :-

  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Perkara ke2 yang Ummi nk sentuh bab Pergaduhan sesama sendiri hingga ramai yang cedera di Mesir...nak sedap lagi 'Pergolakan berlaku diMesir'. Disebabkan oleh prisedent Mesir sampai penduduk Mesir bergaduh2....Weyyy dulu kalau orang cakap tentang Mesir ja Ummi mesti kagum...semua berkaitan agama islam berlaku kat sana kan..sampai kerajaan Malaysia telah membawa keluar pelajar2 Malaysia yang belajar kat sana tu keluar dari bumi Mesir..ini kerana kerjaan bimbang sekiranya terjadi apa2 terhadap pelajar Malaysia di sana...tapi bukan sekarang ni...kecewa ja rasa...Wahai negara islam sedarlah...
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari



Selasa, 25 Januari 2011

Cerita Seorang Teman....


Quick..Quick..Quick.....
dah 25 hari da saye jadi tunang orang...
dalam masa 25 hari ni trasa sekejap ja...
dugaan pertama antara kami memang hebat...
cuma didikkan kesabaran dalam jiwa ni buat kita tabah...
hehehehe....
make it juz simple jer...
jangan rasa tertekan, jangan rasa rendah diri (tapi bukan bermaksud tinggikan diri),
Jangan rasa bongkak, jangan rasa iri hati, jangan rasa cepat hot jer...
kesabaran tu no.1...
bagi saye tak salah untuk kita bersabar hari ni, untuk kebahagiaan hari esok.....
Tuhan bagi kita dugaan@ujian yang bertimpa2, bukan bermakna dia tak sayang kita, benci kita,
tapi dia sayangkan kita...dia nak menguji kesabaran kita sekiranya ujian@dugaan ini kita tidak terima dengan hati tenang...lagi pun dia nak tengok kita ni ingat dia atau tak...tapi tak bermakna kita ingat dia dalam kesusahan ja...ha kena ingat tu...tapi ada juga manusia bila tuhan timpakan dia dengan masalahan, ujian, dugaan ataupun rintangan dia terus ambil jalan singkat sehingga lupa maha pencipta...bahaya ni....sebab bisikan syaitan..selalu berbisik ditelinga kita dengan jahatnya..hehehe...kan syaitan tu sendiri dah berjanji dengan ALLAH untuk terus menyesatkan umat manusia sehingga ke hari kiamat...kan3???
So kita kena berhati2...nak2 pulak dugaan, masalah, ujian tu sume bukan datang dari kita, tapi melibatkan kita.....
tangani nye dengan sabar..sebab kita diberikan akal untuk berfikir 'PRO' dan 'CON' sesuatu perkara tu...
kebijaksanaan dan kecerdikan akal menjadi tunjang utama dalam menangani masalah.....
Jadi Tabah lah mengharungi selagi ku ada kamu.....

Hidup ini umpama air, tidak kita berada disitu selamanya tetapi kita akn ke laut juga....