Selasa, 14 Februari 2012

Tema Colur Nikah,Berinai, Resepsi dan Bertandang

Salam...hari ni saya nak cerita tentang tema majlis kahwin saya nanti....ingat lagi tak tarikh kawin saya??ha tinggal 30 hari jer lagi...tolak cuti malas, tolak tidor, tolak makan semua tinggal 2 minggu ja lagi...saya takot sebenarnya...macam-macam pikir sekarang ni...ok lah jom kita view 1 per 1 color untuk majlis saya nanti...


1. NIKAH
Colour = Putih + Pink + Greeney = Warne favorite saya...
Family Outfit pada hari tu opkos lah wana hijau + Pink
Baju Melayu dengan baju kurung....
Kawan-kawan pastikan pakai baju warna hijau jugak taw..pink pon muleh jer....
Ceriakan kaler ni??...saya suke...


2. MALAM BERINAI
Colur = Biru Turquise (betul ka eja ni)
Family Outfit = Tak kisah lah colour pa pon....
Opkos baju kurung yang lelaki suke atilah nak pakai bju pa..
Kawan-kawan korang taram ja lah baju pa pon...
Saya mmg nak wat colour ni dari dulu...Biru tale@biru firus ni...
tapi kat butik yang saya buat bju ni colur ni mmg menarik perhatian saya...
so saya pilih colur ni ja...

Warna ni kurang sikit dr warna bju saya...ni warna biru tua...saya biru terquise pekat...

3. RESEPSI
Colour = Merah + Putih.....
Family Outfit opkos lah merah jugak....
baju kurung dan baju melayu...
Bride'smaid : hehe Yellow taw color greey...
Merah makngah k...


4. BERTANDANG
Colour = Biru + Purple....
Saya macam pelik tapi cantik...saya penah tengok combination colour ni...
Outfit family = Gold Colour....aik lain kan...
kawan-kawan = hentam saja lah labu..


Kesimpulanyer, warna atau colour mejadi peranan penting bagi kemeriahan majlis nanti....



Jumaat, 10 Februari 2012

Foto Frame


Teringin nak buat macam ni...sebab kat umah saya tu ada 1 sudut yang sesuai nak buat macam ni...tapi massalhnyer...frame tak da...saya nk guna frame IKEA tu...g IKEA last week dah tak da dah frame kayu tu..hancur harapan saya....nak cari alternatif lain terus ja jadi malas...tah lah tak tahu nk cakap lagi...jawabnyer...Hanging Frame aku tu jadi kenagan ja lah....

HB...

Curi gmbr dalam blog Intanorazam...intan tompang curik yek..

Salam...
Seperti yang korang tahu...saya sekarang ni tengah sibuk nak siapkan segala persiapan perkahwinan...
wat cheklist...1 1 kena pikir...
sekarang ni terlintas kat kepala saya nk cari HB...
dah 2 minggu cari dah..tapi mengecewakan.....
HB = Bunga tangan (punya lah tk reti nk eja dalam bahasa ingeris letak ja lah bahasa melayu)...

Pic from Intanorazam

Ni HB yang aku nak.untu nnikah....dah jatuh hati lama dah...tapi...Intan dah close oder lah...aku suka yang intan buat...sebab Intan buat kemas sikit....ada tk sesiapa yang oder HB ngn intan pastu dia nk jual HB tu...aku nk beli?...pleaseeee....

Khamis, 9 Februari 2012

Talesemia....

Aku cuma nak kongsi tentang Penyakit Talesemia....

Penyakit Talesemia

Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai penghidap talasemia).
Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.

Apakah gejala talesemia minor (Pembawa Talesemia)?

Pembawa (Talesemia trait) selalunya tidak mempunyai simptom (asimptomatik). Namun demikian, kejadian batu karang jenis bilirubin boleh berlaku di pundi hempedu dan ini mungkin memerlukan pembuangan jika ia menimbulkan masalah. Talasemia trait selalunya dijumpai secara kebetulan apabila seseorang itu menjalani ujian darah.

Bilangan sel-sel darah merah seseorang itu selalunya sama ada normal atau kurang sedikit (anemia) dan saiz sel-sel darah merah ini selalunya dilaporkan sebagai mempunyai saiz yang kecil. Seperti keadaan talasemia lain, pengenalpastian dilakukan dengan menjalankan Haemoglobin Electrophoresis. Kekurangan zat besi boleh memberikan keadaan saiz sel darah merah yang kecil dan talasemia trait ini boleh tersilap diberikan diagnosis sebagai, anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi.

Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai talasemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. Sebaliknya, ia boleh melibatkan seseorang itu terlebih zat besi. Namun demikian, kekurangan zat besi boleh berlaku dalam kehamilan dan perdarahan.Dalam konteks ini, seseorang yang mempunyai talasemia trait mungkin memerlukan zat besi. Talasemia trait tidak memerlukan apa-apa rawatan dan ia tidak membawa kepada sebarang kemudaratan. Walau bagaimanapun, kaunseling genetik berkenaan dengan sifat keturunan penyakit ini perlu diberikan.

Disebabkan penyakit ini yang diwarisi melalui cara autosomal resesif (keabnormalan pada kromosom 11), ada kemungkinan besar yang salah seorang dari ibu bapa pembawa turut menjadi pembawa (mempunyai Beta Thalassaemia Trait juga). Adik-beradik juga mungkin turut menjadi pembawa walaupun sebahagian besar dari mereka mempunyai profil hemoglobin yang normal.
Namun demikian, kejadian talasemia ini pernah dilaporkan terjadi secara mutasi spontan iaitu apabila seseorang itu sahaja yang mempunyai talasemia manakala anggota keluarganya yang lain adalah normal.


Sekiranya seseorang itu adalah pembawa talesemia, bolehkah penyakit itu diturunkan kepada generasi akan datang seandainya suami atau isteri adalah normal atau, pembawa?


Jika suami adalah normal, 50 peratus daripada anak mungkin turut menjadi pembawa (Beta Thalassaemia Trait) dan yang lainnya normal. Jika suami atau isteri adalah pembawa, 50 peratus dari anak mungkin menjadi pembawa, 25 peratus normal manakala yang 25 peratus lagi mungkin mempunyai Beta Thalassemia Major.

Apakah gejala talesemia major?
Kanak-kanak itu kelihatan normal ketika dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mula mengalami anemia apabila berusia di antara 3 dan 18 bulan. Pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa.
Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).

Apakah rawatan bagi talasemia?
Ada 2 jenis rawatan iaitu rawatan asas dan lanjutan:
Rawatan asas membabitkan beberapa komponen, pemindahan darah secara berkala, penggunaan ubat-ubatan desferrioxamine dan pembedahan untuk mengeluarkan organ limpa jika perlu. Rawatan lanjutan pula membabitkan pemindahan sumsum tulang daripada penderma yang bersesuaian. Secara umum, kanak-kanak yang menghidap talasemia major memerlukan pemindahan darah di antara 2 dan 6 minggu sekali, namun sebahagian besar pesakit menerima darah secara purata sebulan sekali. Pemindahan itu perlu diberi untuk mencapai purata tahap Hb kanak-kanak itu dalam lingkungan normal. Untuk mencapai tahap kesihatan yang baik dan optimum, paras Hb sebelum pemindahan darah seelok-eloknya dipertahankan di antara 9 dan 10 g/dl.


Dalam keadaan demam atau saiz limpa yang besar, paras Hb akan menurun dengan lebih cepat dan pesakit mungkin perlu datang untuk pemindahan darah dengan lebihn kerap. Kekerapan pemindahan darah menyebabkan penimbunan zat besi di dalam tubuh pesakit. Ini kerana, darah kaya dengan zat besi dan setiap unit pek darah yang diterima mengandungi di antara 200 dan 250 mg besi. Tubuh manusia hanya mampu mengeluarkan sejumlah kecil (antara 1 hingga 4 mg sehari) saja kandungan besi di dalam badan


Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat desferrioxamine yang mampu bertindak mengeluarkan kandungan besi yang berlebihan di dalam badan melalui air kencing dan najis. Ubat ini diberi secara suntikan di bawah kulit pada setiap hari dan lazimnya ia diberi pada sebelah malam. Ia digunakan di antara 5 dan 7 malam pada setiap minggu bagi mendapatkan penurunan zat besi yang baik.


Bagaimanapun, kos ubat ini tinggi dan terpaksa ditanggung oleh pesakit atau ibu bapa pesakit sendiri. Lazimnya, seorang pesakit perlu membelanjakan sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan (bergantung kepada usia dan berat badan pesakit) bagi menampung pembelian dan penggunaan ubat itu. Menurut Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia; pesakit yang tidak menjalani sebarang rawatan. lazimnya hanya berpeluang hidup diantara 6 bulan dan 1 tahun. Bagaimanapun, jika pesakit menjalani pemindahan darah tetapi tidak mengambil ubat desferrioxamine, jangka hayat mereka boleh mencapai antara 14 dan 16 tahun.

Namun begitu, jika pesakit menjalani pemindahan darah dan mengambil ubat desferrioxamine, mereka berpeluang hidup lebih lama. Ketika ini, usia pesakit talasemia yang paling panjang di negara ini ialah 30 tahun. Kanak-kanak yang menghidap talasemia major selalunya diberi ubat asid folik atau folate. Pil asid folik diperlukan kerana ia membantu pembentukan sel darah merah.
Vitamin C pula diberi hanya kepada kanak-kanak yang menerima desferrioxamine. Selain itu, antibiotik penicillin juga diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa. Penicilin perlu diberi kerana daya ketahanan pesakit kepada kuman tertentu adalah kurang selepas organ limpa itu dikeluarkan. Justeru, antibiotik itu perlu diberi sebagai usaha pencegahan.



Lepas jumpa doktor...

Salam...
Harap korang semua baik-baik belaka sekarang ni...aku macam biasa jer....
hari ni aku nak citer tentang bila aku jumpa doktor minggu lepas...
kalau korang bace entry aku sebelum ni mesti korang tahu....
aku da temu janji dengan doktor pada Jumaat lepas...
ok aku nak start citer sekarang...

bila dah sampai klinik tu...klinik belum bukak lagi...semangat lebih kan ....
aku sampai klinik pukul 2.00...semangat kan....
temu janji aku dengan doktor pukul 2.30....malangnya klinik buka pukul 2.45....
tunngu lah lagi...bila kaunter pndaftaran buka ja...aku trus dafta....
tah lah memang dah budaya kerja kerajaan macam tu kan...
buka 2.45 buka ja kaunter doktor pun blm ada....doktor ada pukul 3...
masa ni orang pun dah ramai dah....jumpa doktor macam biasa...
so dia kata bab kekurangan darah aku tu dah tak da masalah...
semua dah normal....tapi masalah darah merah aku cair tu...
doktor suspek aku ada talesemia jer.....
doktor kata ada 2 kemungkinan...samaada talesemia atau kurang zat dalam badan aku...
doktor kata lagi selalunya kes yang dia terima untuk peratusan darah merah yang cari biasanya 9%...dalam kes aku kadar peratusan tu tinggi sikit...10.35%..
so tu yang doktor kata ada 2 kemungkinan samada aku memang ada talesemia atau aku kurang zat dalam badan...so doktor sugest ambik asid folik...tambah darah dan zat dalam badan...dia soh aku makan dulu.....tengok dalam masa sebulan ni aku ok tak ....untuk pengetahuna korang jugak...darah yang aku ambik hari tu..alahhh darah yang ambik sampai 3 botol tu...
pihak klinik dah anta ke HKL... untuk ujian makmal....keputusan darah tu ambil masa dalam sebulan...oppsss lupa nak bagi tahu...keputusan tu lah untuk menentukan aku ada talesemia ataw tidak....doktor bagi date untuk aku jumpa dia lagi untuk tahu keputusan darah tu...
date nyer ialah : 24/2/2012...jumaat 3 petang....ni lah keja nyer...g klinik ja lah.......owhh lupan k bagi tahu...doktor kata lagi kalau aku da talesemia pon...aku cuma pembawa sahaja...bukan pengidap...pastu nak citer lagi...doktor mintak aku datang lagi 8/2/2012 chek darah lagi dengan bawak mr.White sekali...soktor nak tahu samaada Mr.White da masalah sama ngn aku ataw pun tak...so keputusanyer..Mr.white okey...tak da talesemia...nasib aku masih samar2 lagi...Ok lah penat dah membebel...aku nak makan ubat ni...Asid Folik, mari mari mari......

Jumaat, 3 Februari 2012

Jumpa Doctor...

aku tak sampai hati nk letak gmbar ni...aku takot tapiiii...apapun doakan aku...(sel darah merah)


Salam.....
Ri tu g wat Test 'HIV' untuk bakal pengantin tu...
chek darah...
just wat tekanan darah kat lengan ni...
nurse berkerut ja dahi dia, nurse tu buat 3 kali pump kt tangan aku...
dia siap tnya aku berdebar ka...???
aku kata tak lah...takot pon tak...ya lah nk wat HIV test ja kan...
nk takut apa..
dia pump2 darah aku kurang kot...
dia trus soh aku g makmal yg ambik darah...
ambik 1 tabung kecik tu...trus dpt kptsan darah aku LOW...
darah aku Kurang....yang aku tgk 19.35%...
aku tk tahu lah darah normal berapa peratus...
so nurse tu soh lah aku ambik darah lgi esok pagi tu...
dia kata BMI aku tk normal...
berat badan aku tak seimbang dengan ketinggian...
dia kata takut apa2 terjdi masa mengandung nti...
tmbah pulak aku kurang darah...nurse sugest aku makan makanan yg tmbah darah...
kerang, hati ayam/lembu, sayur berdaun hijau...
tapi yang wat aku confius dan buat aku takot...
Darah merah aku cair...YA...nurse tu pon kata darah merah aku cair..
tak tahu lah kenapa...darah ni bukan kita thu pon dia cair taw tak...
yang buat aku takot lagi aku ada penyakit - - - - .....tk molah cakap...
aku pon takot nak cakap....
aku memang dah lama tahu aku kurang darah, tapi tentang darah merah aku cair...sekarang baru aku tahu...
hari ni aku nk g Klinik Kesihatan Ampangan ...
da Apoinment ngn doktor...tok tahu keputusan dia...
sb selepas aku ambik darah ri tu, esok pagi tu nurse tu ambik lagi darah aku...
kali ni 3 tabung kecik tu...semalam nyer satu, tapi pagi tu 3...
aku memang tak sedap ati...
balik ja ati aku sebak dan terus menangis...
aku takot...
aku text ngan MR. White
' Apapun keputusan dari doktor tentang darah aku ni, hope tak da apa yang menghalang aku ngn dia, apa-apa pun kita bincang'....nti aku citer tentang kisah bila aku cakap ngn dia tntg ni k...
dalam perjalanan aku masuk opis dr seremban ke KL..
aku ditemani air mata...
sebab orang lain semua ambik 1 botol darah ja, tapi kenapa aku 3 botol...

"moga Allah lindungi aku"...kawan2 doakan yang terbaik tok aku......

nota kaki : saat aku sign out dari blog kesayangan aku ni...aku akn melangkah untuk ke klinik untuk jumpa doktor...3/2/2012 (2.30 petang)

Khamis, 2 Februari 2012

Yeayyy...Tarikh dah ada...1 2 3 buzyy...


Salam...
OPSSSS...Sekarang dah Febuari....
Cepatnya masa dah berlalu...
makin lama makin hampir...
saya terlalu buzy dengan kerja dan persiapan perkahwinan saya..
hehehe Alhamdulilah...
tarikh perkahwinan saya pun makin hampir...
kalau 6 bulan lepas berhempas pulas sampai menangis2 (tipu2) nak cari tarikh...
sekarang dah ada tarikh yang dipilih...
Insyallah...
Majlis perkahwinan saya dengan pasangan pilihan saya adalah pada :
Nikah : 16 Mac 2012 (lepas Asar)
Resepsi : 17 Mac 2012
Bertandang : 18 Mac 2012..
Semoga Allah S.w.t permudahkan urusan saya dari mula sehingga berakhir majlis,..
Insyaallah....