Memaparkan catatan dengan label Merapu jer.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merapu jer.... Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2011

Merah+puteh=Silver...

Senyum sampai ke telinga

Yeaayyy...perasan kan...blog saya ni dah tukar semua nyer baru..hehehehe...saya rasa perlukan perubahan...so saya tukar...cantik kan???puji sendiri....

Khamis, 14 Julai 2011

?

''seorang wanita digelar anak, dan kemudian isteri..dan saat itu syurga wanita itu tidak lagi terletak dibawah telapak kaki ibu, tetapi ianya terletak di bawah tapak kaki suami.. walaupun telah bergelar isteri, gelaran anak itu tetap tidak akan MATI.. oleh itu berbakti lah selagi IBU masih bernafas utk melihat anaknya bahagia bersama kehidupannya... :)

Rabu, 6 Julai 2011

Kerja, kerja, kerja......

Assalamualaikum....

Aku dah selalu kebizian sepanjang minggu ni...

oh salah cakap lagi...sepanjang bulan 7 ni....

memang betul2 buzy...

dan penghujung bulan 7 nanti ada mesyuarat terbesar dalam CKM ni....

OK time tu aku mungkin dah tak kenal kawan aku, tak kenal keluarga aku, tak tahu jalan balik rumah aku, tak tahu warna kereta aku?...(
ini dah melampau)...tak tahu bila aku akan makan dan tiba2 ja..eh dah pukul 5...balikkkkk....

Seperti 2 tahun lepas...aku penah buat OT sampai pukul 10.00 malam....

Dok kat opis...

masuk goodies dalam beg...(
goodies lah konon)...uikkk macam kenduri kawin jer....

Itu lah hakikatnya...

Ok lah lupa nk cakap aku terlampau buzi sampai lupa tunang aku...???Tunang???uihhh aku akan lupa kan dia selain dia yang akan ingatkan aku...ishhhhh...rimas/lemas....

Ok lah...cuma nak bagi tahu tu ja...

sebab aku akan jarang make-up blog aku ni...

tapi ada masa terluang aku akan makeup lah blog ni...

kasi bedak banyak2 biar cantik....Macam siapa???macam aku....hahahahahaha

ok lah...sekarang bos dah msuk meeting....

aku pulak keja belambak...

BYEEE.....



Nota kaki : uik tak silap ada kursus minggu depan...klu aku dapat aku kena pergi...uiihhhhhh keja belambak ni...cm na.......

Jumaat, 1 Julai 2011

Hari setiausaha

Assalamualaikum....
Tajuk nak gah kan...
tapi bukan nyer hari setiausaha pon hari ni...
juz sambutan jer lambat sikit...
janji hadooo...
aku adoooo...
hahahahah...
hati & jantung...dup dap dup dap dup dap...
Tuhan yg tahu...
preparetion...
kasut ngn hanbeg...hancudsss lebussss...
tak suka....nti update lagi....

Rabu, 29 Jun 2011

Klinik Ibu Mengandung..

Salam...pagi ni aku keklinik...almaklumlah kan hal perempuan ni...aku pon pergi lah klinik tu...1st time pergi kelinik dekat-dekat ngan rumah aku tu...dengan confident masuk lah dalam klinik tu...nak daftar...

Akak kaunter : Adik nak ape???(muke dia cam berkerut pelik ja)..
Aku : Saya nak buat medical chek-up kak...
Akak kaunter : ooo bukan kat sini, kat depan sana...kat sini untuk ibu mengandung ja...
Aku : dengan muka malu...ooohhh ye ke....

Oittt malu kot...dh lah ramai ibu-ibu mengandung yang menunggu...aihhhh...

Selasa, 21 Jun 2011

"aku buat sardin dengan kambing ayah aku diatas bumbung rumah sebab aku betul-betul serius nak lakukan"....

Kalau BORING n FRUST tertonggeng...buat lah benda ni...korang akan gelak,

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:



January--------aku sepak

February-------aku lompat atas

March-----------aku karate

April-------------aku cium

May--------- ----aku terajang

June-------------aku peluk

July--------------aku buat sardin dengan

August-----------aku makan dengan

September------aku menari dengan

October----------aku menyanyi dengan

November-------aku jelir lidah kat

December-------aku lari keliling





2-Ambil ayat dari hari lahir korang


1------- burung hantu

2------- makluk asing

3--------public phone

4------- basikal aku

5------- lelaki salji

6------- gangster kampung

7--------mobile telefon aku

8--------hantu jepon

9--------kawan baik nenek aku

10-------kawan lembu aku

11-------cikgu lama aku

12-------kerbau ayah kawan aku

13-------ahli bomba

14-------lembu mak aku

15-------kambing ayah aku

16-------kapak mak aku

17-------lesung batu

18-------pedang aku

19------ lelaki lembut

20-------tikus adik aku

21------ ninja

22-------Chuck Norris

23-------mee kari adik aku

24-------kambing aku

25-------pemain bola sepak

26-------buaya

27-------ayam serama

28-------ipod aku

29-------kucing engkau

30-------kutu rayau

31-------hantu jepun





3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan


1--------- di dalam kereta aku

2 ---------di atas katil engkau

3 ---------di dalam jamban

4 ---------di bawah katil

5 ---------di atas motosikal

6 ---------di bawah jambatan

7 ---------di atas bumbung rumah

8----------masa makan atas meja

9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku

0 -------- di dalam bilik tokwan





4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu

hitam--------sebab aku memang degil

Pink----------sebab aku memang terer

merah-------sebab ade suara yang bagitau aku

biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat

hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan

Purple-------sebab ada orang suruh

kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku

kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm

Orange------sebab aku pikir aku bijak

cokelat------sebab aku memang boleh buat

lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

"AKU BUAT MUKA SARDIN DENGAN KAMBING HITAM AYAH AKU DI ATAS BUMBUNG RUMAH MAK AKU SEBAB AKU BETUL-BETUL SERIUS NAK LAKUKAN"

nOtA kAkI : sUGESt dr meMBeR aKU...

CUACA

Salam...ni salam pertama lepas balik bercuti dengnan family...
Alhamdulilah semua berjalan lancar...
selamat pergi dan selamat pulang kembali...
urmmmm....
masa bercuti cuaca sejuk memanjang...
walaupun matahari mencanak atas kepala...
tapi angin sepoi2 bahasa selalu meniup...
bila turun ke tanah sendri..
angin bertukar menjadi bahang panas...
sepanas mentari berada dihati...
penat usung strawbery kehulu kehilir...
hati tetap tak puas ati...
aku memang cari gaduh, walaupun aku tk mo gaduh...
sakitnya hati...
tapi kali ni memang aku yang mulakan dulu...
lastly i said "JAGA KAU"...cuma dalam hati...

Rabu, 1 Jun 2011

im in a S _ _ _ _ mood...

Assalamualaikum...
dah beberapa hari ni bos tak da...
meting + cuti...so kau mmg tak da keja...
keja aku kembangkan vontot dok depan komputer...
mood hari ni layan cerita hantu kat internet...
ada yang seram jugak...
nak-nak pulak ada member yang ajak g tengok rumah banglo berhantu...
gilerrrrr....
dulu leh lah beb...sekarang semangat aku cepat down...
huhuhu sebab pengalaman tu kan...
tu yang semangat hilang mendadak tu....
bila bace citer kat internet pon aku macam dapat rasa hantu tu ada bawah meja aku ni...
tapi still gigih bace jugak...
hahahahaha...
byak lagi tempat hantu aku nk bce...
esok smbung lagi citer...
urmm...nak mintak maaf ni...
dekat Iffah dengan Kak Bedah...
tak pasal-pasal jer diaorang ni kena teman aku g tandas...
aku takot lah pulak nk g sorang-sorang...
neway time kasih yer....

Selasa, 24 Mei 2011

Bersawang lagi....

Dalam kepala ni macam-macam citer nak karang...
Tapi tak tahu nak mula dari citer yang mana...
dan tak tahu nak karang ayat tu macam mana....
Penat nak perah otak ni...atlest bagi blog aku ni update...
tapi bersawang jugak.....
nothing suprise....


Bosan-bosan tengok gambar ni...
Suka dan duka ada terselit kat sini...
tapi gambar ni sentiasa berdoa untuk yang terbaik...
aminnnn(moga dipermudahkan olehnya)...

Khamis, 12 Mei 2011

Siapa yang selalu view blog aku???

Hadiah tok Pemilik meeoowwers..

Assalamualaikum...Ok pagi-pagi buta ni aku nak bagi hadiah kat sorang minah ni yang memang selalu view blog aku....mungkin dia peminat aku...OK lah bagi aku dia ni juara view tok blog aku...mungkin pas ni kalau aku buat any contest kat blog ni memang aku rasa dia lah orang yang pertama akan join contest aku dan dia lah juara contest tu...sebab blog aku ni kan 2 3 orang ja yang thu...so dia adalah antara 2 3 orang tu....

Kalau korang terbace blog aku ni...korang leh view kakak kucing ni....eh bukan kakak kucing or adik beradik dengan kucing...maksud aku dia suka kucing.......http://meeoowwers.blogspot.com...Korang leh lah view blog dia...hahaha....

Nota : patut lah bila aku datang tempat dia mesti dengar lagu Miss nina dengan NOh hujan...paham lah aku dia tengah buka blog aku...hahahaha


Aku baru dapat col dari kakak kucing...dia tengah risau sebab adik kucing dia tak makan...hahahaha

Rabu, 11 Mei 2011

Ummi vs Pakngah = Pakngah Menang...


Assalamualaikum....

Hari ni hari Rabu...semalam hari Selasa...so hari ni aku bengang...sebab tak dapat tengok Amara malam tadi.....
sebab pakngah nak tengok bola sepak NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN...
Biasalah kan dah berebut chanel TV dengan pakngah pulak...
TV ada 1 ja...Makngah opkos lah backup aku...
cerita tu memang hiburan hari malam Selasa aku dengan makngah....
Pakngah ja kacau daun pulak malam tadi...
Ok tak pa...
Yang muda hormati yang tua kan...
Biar lah aku tak dapat tengok abang Asmara...
NS vs Kelantan = Seri 0-0


:-)

Isnin, 9 Mei 2011

Balasan....

Assalamualaikum.....
Ni azam baru untuk hari ibu....tapi tak da siapa yang wish hari ibu dekat aku....
aku pon ibu jugak pa??.....Ummi = Ibu.....(berkerut dahikan)......
Aku cuma nak kongsi pengalaman aku tentang balasan ni...
Memang perkara ni nyata-nyata berlaku kat aku...
Aku leh bagi contoh ja lah k....
nak citer terlalu dalam, bagi aku ni hal peribadi aku....
Nak citer sumer macam tak best lah pulak kan...
Kalau berita gembira mesti aku kongsi bersama, tapi ni khabar yang sedih...
Biar ja lah aku ja yang tahu...
cuma aku nk kongsi pengalaman dengan korang yang bace blog aku ni....

Jap sebelom citer aku nak makan Biskut Munchy Perisa Chocolate Cream...sambil tu nak create idea yang best-best wat korang suma supaya pa yang aku citer ni leh terpahat kat dalam hati korang..dan sentiasa jadi ingatan korang....Sambil mengunyah biskut yang rangup dan dilapisi coklat ni aku menaip...

Pernah tak korang terfikir apa akan jadi pada masa depan?Contohnya lah yek....Korang akan berkahwin dengan siapa???mesti lah pernah kan...So aku nak wat reverse psycology ngan korang...pernah tak korang fikir apa yang korang buat hari ni akan terbalas pada masa akan datang...???..tak kisahlah dari sudut dan segi apa pun...korang buat baik ka, buat jahat ka, janji something yang korang buat tu meninggalkan kesan kat korang, orang, benda ataupun sesuatu perkara....

So aku nak kongsi cerita aku...Perkara ni terjadi semalam lah...aku bukan nya ada 6sixsense pon taw...tapi minggu lepas selama seminggu tu aku memang rasa tak tenang...nak2 pulak bila aku dah balik KL...aku tak tahu aku tak tenang ni sebab apa....Sebab family aku ka, sebab diri aku ka, sebab tunang aku ka....aku pn tak tahu???tapi aku tak berhenti berdoa..moga tuhan tenangkan hati aku ni....pada setiap kali aku bersolat aku doakn yang terbaik tok diri aku...sepanjang aku rasa tidak tenang tu lah aku baca suratul yasinn selama 3 malam berturut2...memang dari dulu kalau aku tak tenang hati aku akan cari Suratul Yasin jadi peneman ku...

So bila dah baca kita akn tenang...tido pon lena ja...sampai terlajak ke pagi..tapi stil sempat masuk opis macam biasa...Tapi yang peliknya.....aku langsung tak ingat tentang tunang aku...bila aku ingat dia tapi ada benda yang menghalang aku dari text dia...so mksdnyer 6sixsense tu adalah berkaitan dengan tunang aku....

Dan terjadi lah sesuatu yang aku mintak sangat tak terjadi disaat dan waktu ini dan seterusnya...dan pada masa yang sama kita akan bermain emosi kita.bila dah episod drama sampai ke kemuncaknya..tunang aku sedarkan aku apa yang aku penah wat dulu...dibelakang dia...dan ...tanpa pengetahuan dia..dan fikirkan perasaan dia bila dia dapat tahu dan tak sangka perkara tu aku buat di belakang pengetahuan dia...walaupun perkara tu kecik....tapi kita kena sedar yang kita ni akan hidup berdua...kalau sorang melukai dan sorang lagi akan terluka.....tetapi aku cuba cool...dan tuhan tu maha kaya, turunkan aku seseorang Hamba dia yang boleh menasihati aku...

Dan seseorang tu tak payah lah aku cakap kan sapa...dia dikalangan mereka yang aku sayang jugak...tapi sebab kan kita sayang Allah s.w.t, Allah akan sayang kita..Hamba Allah tu kata "Kita kena reverse balik apa yang kita penah buat dulu, setahun dulu, 5 tahun dulu asalkan perkara yang dulu...tak kisahlah perkara baik ataupun jahat yang kita penah buat..."...dan serkarang apa yang terjadi ni kita anggap dia sebagai satu perkara yang positif walaupun kita sakit tok terima....anggap saja ia sebagai balasan apa yang pernah kita buat dulu...

Korang nak aku bagi contoh lagi??..Contoh ni Hamba Allah tu yang bagi...sebagai contoh untuk difahami...OK contoh yang paling senang kan....masa korang umur 12 tahun...masa tu darjah 6 kan...dah tahu kira duit macam mana kan...dah kenal duit tu apa kan??...Korang jalan-jalan kat Stesen Bas...so korang nampak duit seorang makcik berumur dalam 30-an lah kat dlam handbeg dia....kebetulan pulak masa tu handbag tu terbuka ja...so korang mesti rasa nak ambik duit tu.....korang ambik...terus ja lari....Bila mak cik tu tengok duit dia hilang...kebetulan pulak masa tu duit dia tinggal RM 10.00 ja dalam beg tu...dia nak balik naik bus tok bayar tambang..duit dia dah hilang...macam mana dia nak bayar tambang bus tu...nampak tak perbuatan korang ni menyusahkan orang lain...agak2nya cam na makcik tu nak balik bayar tambang bus tu???SEEEEE with ur eyes...OK...aku nak korang baca apa yang aku tulis ni sebagai peringatan...kata hamba Allah tu lagi....Tak mustahil dalam umur kita 30-an nanti perkara yang sama jugak terjadi dengan kita....???????Korang nak jadi macam tu???susah tak???Now Allah tu maha kaya dan maha adil...dia bayar CASH ja kat dunia ni....kat akhirat nanti tunggu lah k...lain cerita lagi....

So moral of story mory hari ni...Barang yang lepas jangan dikenang...dan redhai lah apa yang terjadi dengan kita.....Sekarang ni aku ngan tunang aku dah OK...tak guna nak beremosi2...sebab benda tu memang salah kita dulu...lagi pon dia nak uji kita tengok kita macam mana bila kita dapat tahu perkara yang kita tak nak terjadi tapi dia buat jugak...SO...memaaf dan saling memaafkan adalah penting dalam kehidupan...dan yang paling penting...When we want to do something, kita fikir dulu apa yang kita buat ni elok ka tak....patut atau tak.......

Ok lah...asyik menaip ja tah bila nak sudah...Biskut aku pon dah nak lemau....daa...




Khamis, 5 Mei 2011

Hidup laie...

Blog mak ni masih idup laie...
bolom mati ataupon meningga laie...
nanti mak up-date kalau mak rajin lah...

MAK???

Asalamulaikum...acecehhhh....baik lah pulak bagi salam....selalunya main gedah jer yek....Sudah lama tak membebel dan menaip...orang kata kalau tak tulis blog ni lame blog ni akan bersawang...mana???Tak nampak sawang pon...mak paham nak kata tersirat orang yang ada blog ni...orang yang bace pon dah paham dah kalau blogger tu tulis blog yang dah lama tak update tu blog dia akan bersawang....uihhhh panjang nya mukadimah.....

Jangan jadikan diri terus dihantui dengan tajuk tu...mak bukan nak tulis pasal mak punya mak...korang punya nenek lah mksudnyer...tapi mak nak tulis pasal diri mak ni ha...(hari ni ja jd mak, esok jd biasa balik)..

Kalau korang perasan entry "Jantan Vavi" tu dah tak da kan...Mak dah padam nak...bukan apa mak cuma tak nak semak blog mak ni dengan benda-benda yang negatif macam tu....huhuhu...lepas tu yang tukang komen pon boleh tahan jugak...jom view coment diaorang...hahahaha...tipu2 mak tak copy pon coment diaorang...

Apo kato kito golak lah dulu....hahahahahahaha...amboi, amboi amboii...ni yang coment ni anak-anak omak lah ni...saba yo lah...kalau nak tahu anak-anak omak ni pon dah kono kacau dengan jantan tutttt ni...bukan apo..memang jantan tu suko panggil2 orang peh tu cakap bondo tak senonoh...kang kito jugak yang malu kan...agak eh anak-anak omak ni kono kacau lobih dari omak kan....mampuih susah nak maap kan orang macam ni...tapi hati mak ni luhur ja...mak maap kan jantan tu...tapi jangan ingat lah mak nak lupa...mak akan ingat sampai bilo2...sampai sekaran kalau jantan tu ado kek tompek mak ni mak mesti mak tarik muka...Arap maap....

So kito berbalik lah pulak kat tajuk tadi..mak dah tak nak tulis perkara2 yang negatif dalam blog mak ni nak...bukan apa sebab bagi mak blog ni lah tompek mak nak cerita kisah suka duka mak...mak pon raso bersalah jugak cakap macam tu.....tak polah...kita didik diri kita tok jd terbaik...jangan sesekali sakiti orang, walaupun kita disakiti......

Kito lupokan lah kisah tu...walaupon mak ni tak leh lupo tontang jantan tu....tapi mak nk lupa kojap jo...nak cito tontang kisah eppy mak pulak....tapi tak berapa epy jugak lah kan.....sobab duit mak kuar melimpah2 banyak eh....sobab eh...???kalau nak tahu nanti mak buek entry baru k....kalau rajin...tapi mak tak janji...sobab lately ni mak M to the A to the L to the A to the SSS...MALAS....



Jumaat, 18 Mac 2011

Miss Malaysia......



Nurul ngn erni kalau bace entry aku ni mesti korang gelak macam badak....OPSSS!//terlepas ckap pulak....
Hahahahaha...citernyer gini.....

Dari jauh aku dah dengar dah bunyi kunci dalam poket ketika berjalan...aku memang dah tahu dah sapa orang tu...BOS aku lah..siapa lagi...so aku pon get ready lah nak dengar cerita dia..sebab aku tahu dia tengah tak da keja..dia mesti dok lepak kat tempat aku nyer...kejap ka lama ka, kadang2 da pulak yang datang menyinggah sekali...so aku pon layan lah macam biasa....

Terus ja dia tanya aku...siapa perempuan kat luar tu???...aku dengan excited g lah keluar tengok perempuan yang dia maksudkan......Pelikkkk...tak da pulak nampak kelibat perempuan kecuali Pok (Fazri) sorang ja da kat komputer praktikal tu...pastu aku masuk lah bilik balik...aku cakap mana ada pompuan kt depan tu En. Adam....Dia kata ada dengan Pok tu......aku pon keluar tengok lagi kat luar tu...rupa-rupanya memang ada sorang perempuan kt meja pok tu...aku pon cuba amati perempuan bertudung purple dan pakai shwall dia bahu tu......LOHHHHHHH dia ni...kenal sangat lah....dalam hati aku dah gelak dah...kalau bagi tahu en.adam komfom dia gelak ni....hahahahahaha(aku gelak dulu)....

Sampai kat tempat aku, en. adam dah tunggu kat situ dah..aku pon terus lah cakap...dia lah Miss Malaysia tu....sebab pagi tadi aku da jadi model untuk anugerah kualiti...so en.adam dalah gurau2 soh panggila Miss Malaysia ni jadi model...tu yang aku teringat tu....tapi bila aku cakap ja dia Miss Malaysia tu en. adam gelak bukan main lagi...tapi kali ni dia gelak pelahan ja...adalah dalam 3 minit dia gelak kot...aku pn gelak sekali lah...aku tahu sebab apa dia gelak???Neny ngn Nurul mesti tahu jugak...dia kata dia tak penah tengok lagi Miss Malaysia tu...so mungkin bayangan dia tu indah khabar dari rupa kot...itu yang kelakar gak nya..

MIss Malaysia : kat CKM ni ada sorang..dia dulu memang famous sebab penah masuk dalm pertandingan tu...SO korang mestilah dapat banyang kan dia mesti cantik...tu zaman muda dia lah...sekarang ni dia tengah tunggu pencen..hahahaha......tp sekarang ni dah muka dimamah usia tk dalah menunjukkan dia merupakan ciri2 Miss Malaysia tu...tu yang gelk tu bila tengok..tak percaya pon ya jugak...

Penah tak tengok orang pakai tudung yang dia belit2 letak tas kepala pas tu ikat kat hujung tu.....MCAM NI.....

-

-

-

-


-


-

-

-


-
ni bos aku yang lukis...hahaha

Isnin, 14 Mac 2011

Saya dapat APC 2010.....

YEAAAYYYYY
Puh kanan puh kiri...hhahahahaha...lepas puhh puhh puhh...doa2 sikit dapat APC....IDok lah dapatnyer...setakat surat 2 3 helai ja masuk ri ni...keja dok ja...time rehat menonong ja g Mall.....Adanya ketua jabatan nk bagi...idok lah teman...sebab apa saya wat tajuk gitu????sebab ri ni saya wat keja dengan penuh ihtizam dalam hati...'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" saya makan pagi ja...pastu sampai sekarang tak makan apa2 lagi...huhuhu...memang ciri-ciri pekerja cemerlang...kalau dah banyak keja ni mesti lah lupa makankan...cocentrade ngn keja jer...kalau lah macam ni tiap2 hari kan best...ada ja keja...ni tak sampai mengantuk2 aku sebab tak da keja kan...sabar ja lah...roti beli tadi pon tak makan lagi ni..hak3...ini dikira kemajuan tok aku ni...diettt...tak payah makan pa2..hak3...YANG ADO...jap g balik compom makan kan.....


Nota Kaki : APC = Anugerah Pekerja Cemerlang 2010

Khamis, 3 Mac 2011

Pisang kembar 2...


Korang selalu tak jumpa buah2 yang boleh kita makan tapi dia kembar dua...
hik3...
saya memang pantang jumpa...
mesti beli...
biasa nyer buah pisang lah....
tak kisah lah kena beli sesisir ka,
setandan ka...mesti beli
sebab susah nak jumpa kan..
saya tak tahu lah apa kebaikan atau keburukan dia kan...
tapi orang kata kalau nak anak kembar makan buah yg kembar2 ni...
sejauh mana kebenaran apa yang diperkatakan tu saya pn tak tahu..
saya penah berebut dengan mak saya buah kundang..
buah tu memang kembar...
sampai saya marah mak saya
saya cakap "mak dah kawin, tak payah lah makan lagi..biar saya ja yg makan"...
hak3...
boleh berebut pulak ek...

Nota Kaki : Saya memang teringin nak anak kembar sebenarnya...dari dulu lagi...smpai sekarang...tak salah kalau kita usaha....kita merancang, tuhan yang menentukan...doa k....

Rabu, 2 Mac 2011

Sedetik lebih untuk selamanya...

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Isnin, 28 Februari 2011

Opish ni aku yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya...

Hari ini saya masuk keja lambat....
hakhakhak...biasalah kan...Biasa lah kan orang bujang...bukan nak wat pa pun...cuma nak uruskan diri sendiri ja...lain lah kalau ada suami ataupun anak ka...bangun ja pagi kena telek anak, suami lagi..hahahahaha...bukan apa, saya masuk lambat pagi tadi sebab saya tak da benda nak ditelek lagi..wawawa..bangun ja pagi tengok dh pukul 6.15 pagi...memang tak sempat lah nak kejar puchkad opis tu...kalau dh lambat biar lah lambat....sedar2 pukul 7.30 pagi...awal2 lagi dah bagi tahu emak saya nak masuk keja lambat sebab bangun pon dh lambat...nak mandi lagi, nak siap lagi, nak masukan kan barang lagi, nak kemas2 lagi, nak panaskan enjin lagi....memang lambat...sebab apa tau kena bagi tahu emak, kalau tak nanti mak panjang khutubah dia...kadang2 tu kalau ummi cuti 2 3 hari berturut2 tanpa sebab, dia mula lah nak bace kitab dia...so bagi tahu ja kat mak nak masuk keja lambat...senang cite...dia pon tak leh nak kata apa....

Masuk opis ja sume orang tak da kat opis...9.30 am...diaorang kat bawah minum lagi kot...so saya masuk opis macam pencuri lah...hahahahaha....masuk opis senyap2...tak terasa lama pon hari ni...tahu2 ja nak balik dah...
Jangan jelozz.....
BYEEEEE...

Jumaat, 11 Februari 2011

TQ to Badak......

Sebab badak teman Gajah g ambik free give daripada Takashimaya...
hehehehe...
Walaupun badak nak muntah dalam kereta tadi disebabkan masalah mekanikal kereta,
tapi badak adalah seorang peneman yang setia menemani...hehehe..(sila kembang sekarang..)
telah berkorban masa masuk lambat ke opis......


let me hug u coz we're in a sad situation....gagagaga....