Khamis, 26 Julai 2012

Alhamdulillah

Kakitangan awam dapat bonus raya

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri............


Sumber berita harian Khamis , 26 Julai 2012, 6 Ramadan 1433 H


Salam.... firstly aku nak ucapkan Alhamdulillah atas rezeki yang sentiasa ada dan tak putus2 kunjung tiba...harap berpanjangan..insyallah...pagi ni aku terperanjat bila bace blog meowwers ngan switmanggo tu...ishh biar betul?..terus ja aku google..memang betol lah apa yang diaorang kata dan apa yang aku baca dekat berita harian tu...

Alhamdulillah...baru ja naik gaji, dapat bonus lagi...rezeki berganda-ganda...syukur pada Allah kerana dia yang memberi rezeki...

Dapat lah aku guna duit bonus ni nanti untuk persiapan raya...sekarang ni dalam kepala hotak aku ni dok pikir nak tukar sofa, nak beli kabinet TV , nak beli TV baru leh tak?hahahahaha...tapi yang penting nak beli baju raya..aku nak pakai jubah tahun ni dengan nak beli kuih raya bebanyak..sebab rumah dah ada 3 skrang..so kena beli lebih....Duit raya lagi anak buah semakin ramai skrg ni...

Yang penting kena beringat gaji bulan 8 nanti awal dalam 13/8/2012 pastu gaji bulan 9 nanti lambat 25/9/2012...so kena berjimat jugak lah... 




Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam...


Alhamdulilah....
hari ni last bulan Syaaban...
esok bermulalah Ramadhan...
sayu jer hati ni rasa...
actually sblm ni tk rasa apa2 pon..
tapi malam tadi tengok Semanis Kurma...tgk Uztazah Siti Norbaiyah dengan suami di bercerita tentang bulan Ramadhan ni...
masa tu tak berapa rasa sangat lagi..hati kering kan...tapi hari ni dok kat opis dah terasa dah..
esok nak puasa dah...
Aku pikir 1 ja.... Macam mana kehidupan aku suami isteri bila bulan Ramadhan esok...
Mesti kelam kabut...

aku mesti penat...MASAK MASAK MASAK.....Sahur dengan berbuka...
ya lah dengan masa aku pagi2 bangun masak...pukul 6.15 pagi dah keluar kejar komuter pulak nak g keja...balik keja puncual pukul 5.00 petang...nak kejar komuter pukul 5.05 petang pulak...klu terlepas jawabnya aku sampai rumah pukul 7.30 malam...bayangkan..kalau time tu aku balik..smapi rumah...bila nak masak?bila nak makan?yang paling kesian Mr. White lah...dia dah lah meniaga giler2 bulan puasa ni...balik penat, puasa lagi mesti nak makan..tapi masa tu aku tak siap lagi masak...belum tentu siap pukul 8 mlam..dan dia jenis tak suka beli/makan kat luar..nak jugak aku masak...aku faham tanggungjawab aku kan tapi aku rasa memang penat...agaknya kan aku kurus tak bulan puasa ni nanti?doakanlah k...tapi malam tadi Uztazah da cakap...isteri kalau masak wlaumacam mana penat sekali pon ingatlah bahawa kita masak tok keluarga adalah satu pahala..senang2 ja dapat pahala dalam bulan Ramadhan...semangat2...

Dengan itu aku nak ucapkan Selamat Berpuasa bagi semua Umat Islam seluruh dunia amnya, suami haku, mak n ayah, mak mentua dan ayah mentua, adik beradik dan adik beradik ipar, saudara mara khasnya dan tak lupa kepada kawan-kawan aku, member opis, dan juga kepada bos aku...Selamat berpuasa..

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan....




Nah bace ni jangan lupa...take note yek...

Selasa, 17 Julai 2012

Dari kecik ajar anak2 sembahyang

 Kusyuk tak puteri ni ikot ayah dia sembahyang...
apa yang ayah dia buat dia ikot...
masa nak pakai telekung ni pon dia kelam kabut nak pakai...
sb ayah dia dah nak start sembahyang...
tak da sejadah xtra tapi nak jugak...last2 bentang ja kain batik sebelah ayah dia...

 Alhamdulilah....ayah dia sujud, dia pon sujud...


tetapi...





>




>




>>



>>>>





>>>>>>>>>




 memain jer ni...dengar aku terkekek2 gelak dengan adik aku...
atok dia pon ikot tgk dia sembahyang...
terus dia toleh...
bertuah punya budak...

Ni dah tahap boring sangat la ni...
siap mengepak2 , pusing2 lagi...
last2 lepas sembahyang tengok TV...
da lagu dia suka kat tv dia joget lah pa lagi...
ha elok lah tu...
tp dia pkai telekung comel sangat...hehehe...
cute macam aku...yes itu aku setuju...