Khamis, 25 November 2010

ETS KTMB.....



Salam all...

19 November 2010 : Bangun pagi...nak g keja ni...kol 5.00 dah bangun dah...siap2 dalam keadaan mamai yang gelap gelita tua start enjin keta trus bawak g KTM....parking keta beli tiket ke Midvalley...smpai ja ktm trus ja pelik...eh nk naik tren yang mana 1 ni???yang baru ada yang lama pon ada....aku pikir klu naik yang baru tu tak thu dia turun ataw tak kat Midvalley..so dah gayat sgt naik ja lah yang bru tu kan...nak merasa...kita bukan selalu naik komuter pon...naik ja lah...Masyaallah...(gayatnyer aku).cntik nyer tren ni...aku tk penah naik tren exclusive cm ni..trus aku keluarkan 'Ceknon aku'..snap 2 3 keping...pastu dah...trus tak mamai dah...laju jugak..aku suker...perjalanan asa smooth jer...

Sedikit maklumat mengenai ETS KTMB yang baru ni. ETS KTMB ni merupakan tren tercanggih dengan teknologi Jepun yang pernah KTMB ada. ETS KTMB juga mampu bergerak dengan kelajuan 140km/j. Dengan kelajuan ini tren berkenaan mampu melakukan perjalanannya KL-IPOH dengan mengambil masa hanya 1jam 15minit.

ETS KTMB ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, tandas untuk OKU, televisyen untuk hiburan, cctv untuk keselamatan penumpang dan pramugari untuk memberi layanan kepada penumpang. Memang seronok ETS KTMB ni..hehehehehe....


Tempat duduk dia memang selesa.....


Suasana dalam ETS....

Rabu, 24 November 2010

24 perkara JANGAN dilakukan...

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.

1 stepp...

Ma parent...lov them so much

Majlis merisik yang dirancang 2 minggu telah berjalan lancar...
insyaallah dengan izin yang maha esa...
majlis pertunangan akan diadakan pada 1.1.11....
doakan kami bahagia dan dirahmati selalu...amin...

i got this from him...TQ to him n family

anak-anak buah aku ni...nakal sungguh...sorg tengah makan, yang 2 org tu melopon tengok tv..

Ni aku lah ni..berdebar2 dah..tengah msg ngn BF lah ni...
ms tu family dia tengah siap2 nk datang

Orang kuat kat dapur.....

sempat lagi bergambar sebelum majlis bermula...

Tanya ja apa pon soalan kat puteri ni...dia mesti geleng...
'Adik maklang cantik tak ari ni???...puteri geleng kepala...'



Kalau paksu dia layan dia, dia cukup suka...
gambar ni sehari selepas majlis merisik tu...penat nk mask makan ja kat luar...senang.....