Khamis, 17 Mac 2011

Tsunami di hatiku..


Sejak 2 3 hari ni terasa macam terpanggil nak ke Banda Aceh, Indonesialah..Mungkin disebabkan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ni kot yang membuatkan aku terasa nak ke Bandar Aceh ni...Terasa sangat nak ke Masjid yang selamat dari dibawa arus air laut tsunami tu. Ini bukan kata yang keluar dari mulut ja taw, tapi rasa yang datang daripada hati jugak.

Mungkin pada tahun 2004 tu aku terlalu muda untuk mengerti apa itu tsunami kot. Selepas 7 tahun berlalu barulah aku tahu pahit derita, susah payah mangsa-mangsa tsunami tu.. Kesan daripada tsunami tu telah menenggelamkan Bandar Aceh sehingga tiada satu apa pun yang tinggal hanya 1 rumah Allah. Ingin rasanya aku pergi ke sana. Satu tempat disatu masa dahulu ranap dan satu tempat yang mana pada 7 tahun yang lalu diibaratkan bagai 'Padang jarak padang terkukur'. Tapi sekarang ianya bangun semula. Malah kesan-kesan tsunami itu masih ada. Mungkin disebab kan impak itu, sekarang Bandar Aceh telah menjadi satu tempat ibadah yang amat kuat di Indonesia.

Pengalaman dan tauladan semua manusia beragama islam disana telah menegakkan islam pada paksinya semula dan saat ini aku benar-benar berharap agar dapat aku menjejakkan kaki ke Bandar Aceh dan bersolat di rumah ALLAH itu.. Aku berdoa semoga impian aku terlaksana.

Terasa nak kumpul duit banyak-banyak dan boleh lah nak capai impian ke Aceh tu. Insya-ALLAH tahun depan. LEpas kahwin leh g berbulan madu kat sana sekali..Sembahyang kat rumah ALLAH tu bersama-sama suami....INSYALLAH...

Nota Kaki : Kalau niat kita baik kita dapat pahala walaupun kita tak dapat melaksanakan niat kita tu...tapi kalau kita berniat macam ni...kan3..Allah tu tolong kita taw...dia mempermudahkan urusan untuk niat kita ni...mudah-mudahan hendaknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan