Checkup kali ni aku angin jer rasa..sebab kena marah dengan nurse aku tak datang minggu lepas...1 aku jawab 10 dia jawab balik kat aku...last aku diam ja...dia tanya pon aku anguk-angguk, geleng-geleng jer..sentap ok....
Checkup kali ni cucuk ambik darah, tengok HB tak naik pon...kecewa ja rasa...aku ingat naik lah jugak sampai 10-11 ker...tapi stil lagi rendah... 9.3 jer...aku kecewa...Iron dah masuk pon masih belum dapat membantu...esok aku ambik darah lagi...tok temujanji dengan doktor kat Hosbital pulak...ambik seminggu awal...
Lepas jumpa nurse jumpa doktor sebab berat naik ok...dah terlebih 2 kilo dari target...pastu HB kurang...Jumpa doktor pon tak banyak cakap...mood aku dah out dah...
Sebelum jumpa doktor kena cucuk kancing gigi tok dos ke-2..sakit jugak bahu aku ni, berdarah baju...tapi lagi sakit ubat untuk matangkan paru-paru tu...auww...
Kandungan : 33 Minggu 5 hari/8 bulan
HB : 9.3 jer...turun 0.4 masa duduk kat wad sebelum masuk Iron TDI
Uri/Plasenta : Normal
Berat aku : 79 kg...wow...
Berat Baby : 1.9 kg..naik 0.4 gram masa 28 weeks
Air ketuban : Normal.
MGTT : Normal jugak tak da kencing manis...
Kesihatan ibu : Muka nampak pucat..yee saya penat...
Jantung baby : 135 bip...
Kadar gerakan baby : cukup sepuluh gerakan..
Tentang berat aku tu memang dari kandungan masuk 5 bulan berat aku akan naik setiap kali chekup..aku kan chekup klinik sebulan 2 kali, 2minggu sekali...setiap kali checkup naik 2 kilo..hahahaha..ko kira lah sendiri...doktor kata berat boleh naik dari minimum 7 kilo maksimum 16 kilo...dalam kes aku ni awal2 lagi dah kena warning dah sebenarnya...patutnya dalam sebulan naik 1 kg jer..tapi aku sebulan naik 4 kilo... sebelum mengandung berat aku 63 kg sekarang dah 79 kilo...dah tahap maksimum...ni baru 8 bulan agaknya masa bersalin maun lebih 80 kg kot...baby pulak kecik...patutnya dalam usia kandungan berat dia dah 2 kilo dah...aku kena makan lagi banyak ka atau baby makan sikit jer aku je serap makan terbanyak...
Untuk pengetahuan dari babycenter.
Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah
lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda
sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan
menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.
Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.
Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.
Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

saya pun naik 2kg dalam sebulan.. mak yang membesar ke baby yang besar kan.. hihi.. lepas ni sama2 kita kena fit balik..
BalasPadam