Khamis, 13 Januari 2011
Jazilan Allah....
Firstly ,
Terima kasih MAK dengan AYAH saya sebab banyak sangat berhabis duit wat kenduri tunang ni....
Terima kasih jugak dekat mak dengan ayah sebab penat berlari kehulu dan kehilir untuk sediakan keperluan untuk buat kenduri yang kecil ini demi anak dara dia yang sorang ni...(auchhh malu)...
Terima kasih lagi dekat MAK dengan AYAH bagi sokongan dan restu hubungan saya bernama Ummi Nadrah Binti ayah saya dengan Mohd Khairillah Bin ayah dia..
Terima kasih jugak dekat Angah, adik, kak ida dengan ank buah aku yang comel sorang tu yang keja dia tido jer sepanjang majlis...pastu bangun menangis sampai mak dia tak buleh nak buat keja....
Terima kasih jugak dekat sedara-sedara yang datang....
Terima kasih kepada jiran2 yang bertungkus lumus masak bagi menjayakan majlis ku ini...
Secondly
Terima kasih kepada kawan seopis aku...Neny & kekna, kekek mas ngn mas din dan anak2 sebab datang ke majlis saya yang tidak seberapa...(tbe2 humble plak)....
Terima kasih kepada neny yang berusaha tunggu kekna balik keja dan datang tnpa membawa mama dan abah sekali...neny kata senang ja nak cari rumah saya...so kwin saya nanti saya mungkin akan buat kat rumah saya senang lah neney ngn kekna nak datang sebab dah tahu rumah kan3...(insylah kalau Dewan PICC atau Dewan Felda Merak Kayangan i dapat book.....)...
Terima kasih kepada kak Masruha Ruhen sebab dia yang wat hantaran saya walaupun saya bagi sume barang kat dia last minute tapi dia wat sume memang cantik.....saya puas hati yang tak terhingga...
Dan terima kasih sekali lagi sebab dia sponser cupcake butter yang sedap tu tok aku put in the beg n bagi kat kawan2, family belah laki n jiran2 saya....
Terima kasih lagi sebab Tukang make-up datang lambat sangat walaupun saya tak kisah dan orang lain datang menakutkan saya tapi saya masih boleh tersenyum....
Terima kasih jugak kepada pihak penaja...(eh ada ka)...
Thirthly (betul ka aku eja ni)...
Terima kasih kepada kawan2 poli yang datang...iema dengan cema yang ditalefonin last minute dan dia trus menuju kerumah ku untuk melihat ku bersanding eh silap ckp lah menyarung cincin di atas pelamin.......
Terima kasih yang tak terhingga kepada Nur Naziha Amirah sebab datang ngan usband dia ke rumah ku awal2 lagi...dan juga terima kasih juga kepada jiha sebab dia banyak tolong tok menyiapkan aku.
Terima kasih juga kepada jiha kerana telah menyenseponser 1 hantaran tok aku bagi menambahkn hantaran aku daripada sembilan jadi sebelas...jenuh nk tambah lagi....
Terima kasih sesangat kat kawan rapat aku masa sekolah dulu...Nor Farina binti ayah dia (koie pgil dia Bonzer) sebab kol 9 dah sampai dah umah aku...nti tme ko tunang aku balas k...insyaallah....
Fourdly...
Terima kasih kepada future family saya kerana telah menerima saya sebagai sebahagian daripada family mereka...
Terima kasih kepada bakal mak mentua sebab dapat terima saya seadanya saya ini...
Terima kasih kepada bakal bapak mentua yang muka nyer garang dan membuat saya rasa takot untuk bercakap dengan dia...walaupun sebenarnya dia adalah seorang ayah (belum boleh pgil lgi) yang sporting sesangat tetapi disebabkan saya ni dipenuhi oleh rasa malu yang teramat sangat membuatkan dia yang selalu menegur saya terlebih dahulu dalam semua perkara...
Terima kasih lagi kepada mak n ayah mentua (belum diikhtiraf lagi) sebab bagi kitaorang pinjam pinggan, cawan, set bufet, kendi dan dapur tok memasak...btl2 menghargai pinjaman itu...
Lastly.....
Terima kasih yang tak terhingga until deep in my heart (sebab terlampau terharu untuk mengucapkan terima kasih ini) kepada TUNANGAN saya kerana telah sudi memilih saya menjadi tunang dia...walaupun dia kata tak mo datang sebab tak nak datang tibe2 datang jugak...saya betul2 marah sebab baju yang dipakai tidak sesuai untuk majlis kerana dia pon dirai kan bersama2....terima kasih lagi tok dia sebab telah memeningkan kepala saya sebelum dan selepas majlis dan membuat saya rasa tension dan makan banyak sebelum majlis itu berlangsung....nasib baik baju yang digunakan adalah baju kurung dan tidak seketat yang disangkakan sekiranya saya memakai baju kebaya...ishhh takott....
Terima kasih juga kepada si tunang kerana telah bayak memberi perkhidmatan yang berkesan dari segi membeli dan mengambil barang2 yang ditempah dan dilevery sehingga ke rumah dengan senyuman....
Terima kasih yang terharu menerima diri ini seadanya aku....yang tak cantik, tembam, cuby, temok dan yang pendek ni...hahahaha...(gelakkan diri sendiri)
Terima kasih kerana telah berkawan dengan saya sebanyak 5 tahun dan menjadi tunang saya sebanyak 11 bulan atau 1 tahun 1/2 bulan atau sebaliknya (tarikh akn diberitahu kelak)...
Dan terakhir sekali...
Syukran kepada Allah Taala kerana telah memperkenankan doa saya selama ini.....
Alhamdulillah...Aminnn...
Moga dipermudahkan bagi hari2 yang berikutnya.....
Insyaallah....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan