Rabu, 29 Jun 2011

Klinik Ibu Mengandung..

Salam...pagi ni aku keklinik...almaklumlah kan hal perempuan ni...aku pon pergi lah klinik tu...1st time pergi kelinik dekat-dekat ngan rumah aku tu...dengan confident masuk lah dalam klinik tu...nak daftar...

Akak kaunter : Adik nak ape???(muke dia cam berkerut pelik ja)..
Aku : Saya nak buat medical chek-up kak...
Akak kaunter : ooo bukan kat sini, kat depan sana...kat sini untuk ibu mengandung ja...
Aku : dengan muka malu...ooohhh ye ke....

Oittt malu kot...dh lah ramai ibu-ibu mengandung yang menunggu...aihhhh...

Selasa, 28 Jun 2011

Allah sebagai pemelihara

Aku terbaca dalam satu blog tu...memang perkataan yang dia keluarkan buat aku rasa ...eh aku tk penah lagi dengar orang tulis macamni....


"kalo xde org snggup terima dia lagi..xpe..ckup ALLAH sbg pemelihara dia"
bace pon sadis kan...

Mendalam kan...banyak hikmah....bukan untuk kekasih kita ja ditujukan...
tetapi untuk orang sekeliling kita....

Ok aku pon nak cakap jugak...kalau orang lain tak dapat terima aku cukup lah sekadar Allah terima aku jadi hamba dia...
WOHA.....

Aku pening

Salam...
pagi ni aku datang awal...
bos tengok pon bersinar2 ja muka dia...huhuhu
lepas dia marah aku semalam...
pg ni dia mesti ok tengok aku datang awal...

uruskan keluar masuk wang hari ni...pergi bank ke hulu kehilir...
bayar hutang tertunggak...aku dah sediakan duit...banyak jugak...
tapi bila aku tengok penyata bank...aikk...kenapa kena bayar sikit ja...
bukan banyak ka...aku tak puas ati aku jumpa dengan kerani tu...
dia chek dalam penyata aku 25.6.2011 da orang masukkan dalam akaun secara manual...
hehhh...aku hairan bin ajaib...
tapi aku suka...jgan lepas ni bank cari aku cakap aku tertunggak lagi dah lah...
so duit lebih masuk ASB jer...

dan 1 lagi...yang wat aku epy...
setelah 6 bulan tak masuk taw keluar duit dalam asb...
last pon bila update bonus asb ri tu...lama kan...bulan 1 ri tu....
tapi bila aku nk keluarkan duit ari tu...bila buku tu dah da kat tangan aku..
akk tu pon dh bagi duit kat aku, aku chek lah buku tu...
kat buku aku tu da tertulis duit masuk 12.5.2011...
padahal aku nak keluarkan 17.6.2011 baru duit keluar...
aku terkejut jugak...walaupun tk bayak puluh2 ja...tapi btambah jugak lah duit aku dlam buku tu...
aku tanya kat akk dekat kaunter tu...
dia kat betul lah tu...bukan tipu...
aikkk...bila pulak aku masukan duit tu...
akk tu kata lagi mungkin abg adik ka, emak adik ka...ishhhh...
aku tk penah bagi sesiapa pon pegang buku aku tu...
no akaun buku pon aku tk penah bagi da aku pelik...

aku anggap tu rezeki ja...alhamdulilah...klau da orang tersilap masuk aku pulangkan balik...
tapi kan....eh tk mo lh pikir...bukan duit keluar pon...duit masuk...
korang penah tak jadi macam aku ni????tiba2 duit da dalam akaun...tak thu sapa yg bagi dan korang nak bayar lain tapi bila time byar ja lain dah jadinyer?????korang penah tak????

Isnin, 27 Jun 2011

Nantikan "Hajat Mak Terlaksana Part 2"...ladang Teh Pulak....


Tempat yang indah dan aman...sejuk mata memandang...hijauuuu...
saya suka.....
Part 2 saya akn up-load gambar banyak2 k...

Hajat Mak Terlaksana Part 1

Assalamualaikum...
Seperti mana yang korang tahu kan minggu lepas saya dengan family wat trip yang dianjurkan oleh saya dengan abang saya untuk keluarga saya...huhuhuhu ok2 sebagai seorang anak yang tak kaya nak bawak mak saya pergi melancong jauh-jauh, tapi berbaloi sekadar melaksanakan hajat mak saya pergi tempat yang dia nak pergi tu...sebagai anak yang tak nak jadi macam tanggang tu, saya berpuas ati tengok mak saya epy jer g tempat yang dia nak pergi...kali ni mak nak pergi Cameron Highland...saya sebelum ni dah pergi, so ini kali ke-3 saya pergi...tempat pon dah banyak yang berubah......
Perjalanan kami sekeluarga dari rumah abang saya di puchong pukul 7 pagi...sampai kat Tapah pukul 8.45opagi...so perjalanan 1 jam 45 Minit...tapi saya nak naik ikot Tol Simpang Pulai...dalam pukul 10.00 baru sampai Cameron Highland...k lah kita view 1 per 1 tempat yang saya pergi k...

Tempat pertama : Green View Garden

Ha ni gambar mula2 sampai... sebab dah penat sangat drive aku singgah kat tempat ni...aku kata dengan family aku kalau da tempat ja singgah...jgn tak singgah...nanti rugi sebab lepas ni kita tk lalu lagi kat tempat ni...

Ni dekat kolam ikan dia...depan kolam ikan ni ada meja n kursi tok korang duduk lepak atau makan kat sini...tempat ni da servis makan sekali taw...kalau lapar ja oder makan...

Ni pon ada jugak...kat pintu masuk tu ada ah-so jual sayur2...
aku hasut family aku jgan beli kat sini...kat atas lagi murah2...kat sini berhantu mahal....
Kat dalam garden ni ada macam2 survenior berkaitan strawbery...korang pilih ja...

Ha puteri tu memang hantu sikit bila nampak benda berbunyi macam ni...yang aku gelak tu lagu katak si katak lompat pon ada...pantang jumpa dia nak...pandai pulak masukan duit kat tempat duit tu...

Ha nilah makanan yang berasaskan strabery...nampak sedap taw...crips n chip pon ada...
Harga dia...atas daripada RM 10.00..

Ha ni dah mula masuk dah garden ni...memang cantik...susun atur pokok teratur ja...
yang aku tunjuk tu pokok "Grape"..buah dia lebat sangat...dan tinggi...

Ha ni mak ngn adik aku...dia adik aku sorang ja lari dari tema colour...merah&peach...a
ku pon lupa nak ingatkn dia...selalunya mulut aku lah yang bising....
aku sebenarnya nk tunjuk pokok kat belakang tu ja...kemas dan teratur..

Ni pokok bunga daisi...cantik kembang setaman...

Ha ni anak orang banda...tak pernah tengok ayam kot...lama dia dok tengok ayam tu...
tapi ayam tu memang besar daripada biasa....

Tu mak saya....saya menompang ja...pose mesti baik punyer...bunga raya kat sini subur...besar2...

Ni jalan nak pergi ke Hyroponic garden...sempat lagi tangkap gambar..

Segar kan sayur tu...hijau sungguh...cantik...

Ni masa nak keluar...abang aku beli buah strawbery ni...mahal kot...sekotak RM12.00...aku tak sempat nk cakap ngn dia yang kat atas ada lagi yang murah...mungkin dia jakun kot...nak makan strawbery ni...

Ha ni dier strawbery tu...masammmm giler...tapi aku suka ja makan...bila makan tu feel macam kat negeri orang puteh lah gitu..hahahaha...ok lah nanti aku try upload lagi k...ni baru 1 tempat ja ni...sabar taw...aku akan upload banyak2...

Pagi isnin subuh nan indah


Salam.....
Pagi ni aku sedar pukul 6.00 pagi...
tu pon emak yang kejut...oiiitttt
dah terlambat ni...
malam tadi dah set alarm pukul 4.45 pagi...
sungguh aku tido mati...
emak kejut aku rasa susah ja nak bangun...
6.10, 6.15, 6.20, 6.25, 6.30....
tak bangun-bangun jugak...
6.31...mak kejut...macam nak pecah pintu mak ketuk...
OK2...saya bangun...
siap2 nak g keja....kompom masuk lambat...
keluar rumah ja tengok jalan basah...huhuhu
malam tadi hujan...
patut lah liat nak bangun....
keluar dari rumah pukul 7 pagi...
7.40 pagi aku masih kat ampangan lagi...giler...
jem teruk...8 pagi baru masuk hgway seremban...
hujan pulak...pandangan aku semakin kabur...
wiper ni langsung tak membantu...aku dok link tengah...
sebab link kiri kebanyakan lori...
xcident pagi tadi memang banyak...
termasuk lori masuk dalam kebun kelapa sawit...sadisss.....
dengna kelajuan kereta 60km/j
dan jalan yang tak berapa nak nampak tu./..
aku mengantuk...kalau akuteruskan mungkin aku akan terxcident...jgn buat hal...
bru ja nk idupkn insuran....tak mo...
berenti kat R&R nilai...
pekena milo panas dengan nasi goreng tempe....
bos coll....bos mengucap panjang...(adoii bos marah aku)...
aku tahu da meting pagi ni...aku sbg penjaga atendent...
dah msg staf yang berkenaan ckap aku lambat...
tapi staf tu pon lambat jugak...aku tepuk dahi...
sory bosss...(bos ckap dalam talefon aku diam ja...takottt)...
teruskan perjalanan..lepas tol sg.besi ja jam teruk...
OK lepas ni...ahad malam ja aku kena balik...
kalau tak...sakit lah pagi2...
smapi opis jumpa bos...bos senyum...
bos saya dah beli bunga tok bos...
saya dah letak dalam bilik...
moga bos tengok bunga tu bos akn senyum dengan perangai PA bos ni...
pa-pa al pon..bos memang best.....

Khamis, 23 Jun 2011

Untitle

Kita orang perempuan
kena kahwin dengan
orang yang sayangkan kita
bukan dengan orang yang kita sayang lebih-lebih,
sedangkan kasih sayang dia pada kita tak seberapa
~ pesan mak Nora Elena.

Rabu, 22 Jun 2011

Insuran dan Roadtax kereta

Assalamualaikum....
huhuhu tak sangka dah 3 tahun pakai kereta...
dan setiap tahun tu lah duit aku akan melayang...
selalunya guna bonus dari ASB...
tapi tolak tambah bahagi darab semua...
bonus ASB tah kemana...
huhuhuhu....
kalau masa time ambik kereta tu insuran dan roadtax agak mahal...
tu untuk tahun pertama...
tahun kedua kurang RM 300.00 ja...
tapi stil ribu riban jugak...
OK untuk tahun ni aku try tanya dan kira...
cecah RM 1K jugak...
adoi ai mana nak korek ni...
gaji??? = banyak dah cabang nyer...
pinjam kawan??? = tak moooo...nti kena cr duit tok ganti jugak...
ASB??? = glurppppp....
Mintak Family???? = Malu....
Pinjam kat tunang??? = ummm pilihan terakhir...
Kutu??? = 1/2 ja membantu...
adoooiiii sapa nak tolong saya...
lastdate 29 Jun ni...
giler kejap......


Nota Kaki : STILL DALAM DELEMA......

Selasa, 21 Jun 2011

aku pagi tadi...

Aku berjaya makan sorang-sorang...
aku rasa gebang macam sorang bisness women kan...
makan kat MCD katakan...
bekpess k...
sorang2...
kalau aku fursst...aku akan buat benda pelik...
kalau aku waras aku tak akan makan sorang2...
paling kuat aku akan tapau...
tapi pagi tadi sebab aku frust sangat...
sampai kat nilai sebelom masuk tol...
aku singgah MCD,...
dok makan sorang2....
itu time aku kurang waras...hak3...

"aku buat sardin dengan kambing ayah aku diatas bumbung rumah sebab aku betul-betul serius nak lakukan"....

Kalau BORING n FRUST tertonggeng...buat lah benda ni...korang akan gelak,

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:



January--------aku sepak

February-------aku lompat atas

March-----------aku karate

April-------------aku cium

May--------- ----aku terajang

June-------------aku peluk

July--------------aku buat sardin dengan

August-----------aku makan dengan

September------aku menari dengan

October----------aku menyanyi dengan

November-------aku jelir lidah kat

December-------aku lari keliling





2-Ambil ayat dari hari lahir korang


1------- burung hantu

2------- makluk asing

3--------public phone

4------- basikal aku

5------- lelaki salji

6------- gangster kampung

7--------mobile telefon aku

8--------hantu jepon

9--------kawan baik nenek aku

10-------kawan lembu aku

11-------cikgu lama aku

12-------kerbau ayah kawan aku

13-------ahli bomba

14-------lembu mak aku

15-------kambing ayah aku

16-------kapak mak aku

17-------lesung batu

18-------pedang aku

19------ lelaki lembut

20-------tikus adik aku

21------ ninja

22-------Chuck Norris

23-------mee kari adik aku

24-------kambing aku

25-------pemain bola sepak

26-------buaya

27-------ayam serama

28-------ipod aku

29-------kucing engkau

30-------kutu rayau

31-------hantu jepun





3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan


1--------- di dalam kereta aku

2 ---------di atas katil engkau

3 ---------di dalam jamban

4 ---------di bawah katil

5 ---------di atas motosikal

6 ---------di bawah jambatan

7 ---------di atas bumbung rumah

8----------masa makan atas meja

9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku

0 -------- di dalam bilik tokwan





4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu

hitam--------sebab aku memang degil

Pink----------sebab aku memang terer

merah-------sebab ade suara yang bagitau aku

biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat

hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan

Purple-------sebab ada orang suruh

kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku

kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm

Orange------sebab aku pikir aku bijak

cokelat------sebab aku memang boleh buat

lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

"AKU BUAT MUKA SARDIN DENGAN KAMBING HITAM AYAH AKU DI ATAS BUMBUNG RUMAH MAK AKU SEBAB AKU BETUL-BETUL SERIUS NAK LAKUKAN"

nOtA kAkI : sUGESt dr meMBeR aKU...

CUACA

Salam...ni salam pertama lepas balik bercuti dengnan family...
Alhamdulilah semua berjalan lancar...
selamat pergi dan selamat pulang kembali...
urmmmm....
masa bercuti cuaca sejuk memanjang...
walaupun matahari mencanak atas kepala...
tapi angin sepoi2 bahasa selalu meniup...
bila turun ke tanah sendri..
angin bertukar menjadi bahang panas...
sepanas mentari berada dihati...
penat usung strawbery kehulu kehilir...
hati tetap tak puas ati...
aku memang cari gaduh, walaupun aku tk mo gaduh...
sakitnya hati...
tapi kali ni memang aku yang mulakan dulu...
lastly i said "JAGA KAU"...cuma dalam hati...

Jumaat, 17 Jun 2011

Moga Diredhai Oleh-nya...


Salam...esok saya tk update, lusa pon tak, senin pon tak...selasa insylah...jgn rindu saya k...saya kan kembali ke opis ri selasa...saya nk jalan ngn family saya...hehehehe...doakan perjalanan saya dan keluarga semoga selamat sampai dan selamat pulang semula...(tetiba plak hati ni sayu)...hehehehehe...semoga perjalanan kami diredhoi Allah dan dijauhkan dari apa-apa bencana....Insya-ALLAH...doakan kami yek.......Byeeee...Assalamualaikum...

Entry terakhir sebelum bergonjeng dengan Family...

Salam...
Esok aku nk gerak g rumah abang aku...sebelum kitaorang nak g family day tu.tempat adalah dirahsiakan..kalau dah tahu sila buat-buat tak tahu....aku akn ada kat rumah tu dalam pukul 9 ataupun awal lagi...sebab aku mesti da kat seremban dalam tengahari...esok jugak nk basuh kereta, nak chek engin sebelum nk bawak kereta tu jauh2...HPS yang tolong aku nanti sebab tu aku kena ada kt seremban sblm tengahari...
Isshhhhhh...mesti esok aku akan tergopoh gapah...terkejar sana sini...
lain lah rasa hari ni patutnyer time sekarang ni aku dah "ayor marsh get set gooooo" kat depan punch kad...huhuhu..
tapiiiiiiii....sebabkan nk g rumah lama esok pagi aku balik seremban esok ja lah...
sekarang aku dah rasa rindu dengan HPS....
dia pon tak bagi comformation samaada dia ikot tak family day aku...
aku tk mo kata pa...biar dia ja yang cakap...
aku faham kalau dia tak pergi sebab sekarang dia dah start masuk kilang pagi-pagi...
so aku kena diam diri lah...sbb kena paham keadaan dia tengah tensi nak cari duit kawin...
huhuhuhu....aku tengah tensi jugak...29 june 2011...
rodtax ngn insuran kereta matikkk...
aku pon matikkkk...kena sediakan
RM 1200.00.(aku buat-buat lupa dengan harga insuran ni k)....
mana aku nak cekau???
bulan depan kena berjimat.....


Sekarang tengah tensi...kena makan bebanyak...bulan depan puasa...sebab bayar rodtax setengah dari gaji aku...

Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan Sg. Besi...(Rumah lama aku)..


Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan Sg. Besi

Assalamualaikum....
Sayu hati aku hari ni...sebab esok adalah hari terakhir aku masuk rumah lama aku...walaupun dah 6 bulan aku tinggalkan rumah tu lepas aku duduk kat rumah tu selama 2 tahun...esok pagi-pagi aku terus ja pergi kat rumah tu...kemas rumah tu terutama kat bahagian dapur...kat dapur tu ada lagi barang-barang aku...tah lah aku sayu sebenarnya...rumah tu dah lah cantik lagi...sayang ja nak lepaskan rumah tu...tapi nak buat macam mana kita ada kehidupan sendiri...lepas sorang-sorang kawin semua keluar...huk3...
ni ja jadi tatapan aku nanti...
esok aku ambik gambr rumah tu k...sedihhh...
sob...sob...sob....

Ini ikot jalan belakang...

Bos tak nak tolong saya...

Ni akibat mogok tak dapat tukar ni...bos baik luluskan pertukaran saya.....

Assalamualaikum...
Tolong saya.....itu lah perkataan pertama yang aku bagi kat bos aku bila aku kata aku pon nak tukar nanti...so bos aku trus kata tak nak tolong...taknaktolong berkali2 macam kanak2 merajuk tak belikn iceblog kat dia...hahahaha...aku gelak kuat2 dengan bos aku...walaupon aku gelak tapi aku hampa sangat...bos aku memang tak mo lepaskan aku...adoooiii aiiii...macam mana ni...lepas ni tak tahulah pa akan jadi dengan aku...last-last nanti bila aku kawin laki aku soh aku benti keja...uiii jangan lah sampai macam tu...takottt...
So jawabnyer aku bila dah kawin nanti aku kenalh berulang dari seremban ke KL...setiap hari kecuali hari cuti...memang heaven kan...huhuhuhu...tapi aku nak try jugak buat surat tukar...kalau bos tak nak sign nak buat mcam mana...sekurang-kurangnya aku dah usaha...
aku tengah pikir nak buat pa ka bos aku ni....adoii aiiii...fening lah...seb baik lah Seremban ja, bukan Perak ka, perlis ka...memang aku benti lah gitu...hahahaha...
apapun setiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya....mungkin rezeki aku kat sini...
Insyaallah...moga tuhan murahkan rezeki aku dan panjangkanya.........

Nota kaki : ni semua gara-gara erny lahni...dia yang nak mintak tukar...aku dh lama lupa kan nak tukar ni...tapi sebabkn dia lah aku teringat n tergoda nk tukar....

Yeaayyyyy

Asalamualaikum......
Aku dah jumpa..orang yang aku cari selama ni...hahahahaha...si HPS (hantu pakai spek) dah tak leh nak sorok dah sepupu dia...aku dah jumpa dah...hahahahahaaha...oooo boleh tahan jugak...keja pon ok...dia single lagi...sapa nak???hahahaahaha...actually aku dah penah jumpa ngn dia ni...secara kebetulan ja...tapi masa tu anak buah aku buat hal...tak nampak sangat muka dia...tapi sekarang aku dah jumpa...puas ati aku..hahahahaha......sebab selama ni HPS cerita gebang2 tentang sepupu dia ni...dia kata dia rapat dengan sepupu dia...aku kata nak jumpa dengan sepupu dia, dia mesti kata tak payah lah...sekarang aku dah dapat da pa yg aku cari...haahahahahahaha...senyum sampai telinga....

Kebuzyan sepanjang minggu lepas...apa aku buat sampai buzy sangat???

Majlis Pertukaran Pegawai CKM...
anjuran Kelab CKM biro Kebajikan..
aku bahagian hadiah..

Dok taging benda ni dari tengahari sampai petang....banyak kot...aku buat sorang2...

Ni contoh plug untuk mereka yang bertukar...

Banyak tak???2 beg plastik besar taw...kena chek nama dan taging....pastu asingkan yang akan hadir dan yang tidak hadir..

Kalau ada rezeki aku bertukar nanti aku dapat lah hadiah ni.....
Arap2 aku dapat lah tukar nanti...
lepas kawin senang sikit aku...tk da lah nak berulang..
pegi keja pagi suboh, balik keja dah malam....
kesian...


Nota Kaki : Doakan aku dapat tukar k...(tapi surat pertukaran tak buat lagi)...

Khamis, 16 Jun 2011

Hip-po-krit...

Assalamualaikum.....
huhuhu....kali ni nak pos bukan tok mengumpat...cuma nak bagi tahu ja...sebab sesuatu perkara tu ada pro & con dia...ok lah nak tak nak aku kena citer jugak...ni lebih kurang cerita depan kata lain, belakang kata lain sedangkan orang yang dia dok kta tu lah yang selalu tolong dia, sayang dia, hargai dia...tapi DIA tu memang tak sedar sangat pengorbanan kawan tu...tambahan lagi dia cerita macam2 tentang kawan tu..dekat orang lain dan membuat orang lain terdetik hati sampai bersangka buruk kat orang tu...ishhhh tak baik kan...

Apa2 hal pon evenly kita tak suka orang tu, tak nak kawan dengan orang tu atau apa jalah yang negatif tu baik kita simpan jer...nanti kalau kita cerita kat orang lain, orang lain tu pulak pandang serong dekat orang yang kita cerita tu...tak baik buat macam tu...

Harapan aku cuma agar orang tu kan sedar dengan kesilapan dan kekilafan diri dia...aku berdoa moga tuhan letak dalam memori kepala dia agar semua insan di dunia bukan lah sempurna....

dengan lafaz bismillahirahmanirohim saya tutup entry ni...
aminnnn

KL Gengster

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama saya tak tengok wayang...
agak lama jugak...
Last tengok wayang cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah"
9 Disember 2010......huhuhu lama tak saya tak tengok wayang...
setelah di tolak, tambah, bahagi dan darap...
akhirnya aku dapat tengok jugak secara rahsia...
ni berkat kerjasama bakal adik ipar saya...
walau pon pergi 2 orang ja tapi aku stil boleh tunjukkan perangai buruk saya...
gelak kuat-kuat bila part lawak keluar...
AMBIKKK Ko.......
Citer dia memang best walaupun saya tengok wayang ni agak lewat...
masuk wayang pukul 9.50 PM dan keluar dalam 11.20 PM
sampai rumah 12.00 PM...esok tu kena bangun pagi sebab keja...
sabar ja lah....

HERO saya...wakaka..."bang sepak menyepak jgn sampai terkoyak seluar"...


huhuhuhu...kalau ada orang nak belanja saya tengok wayang...
saya akn suggest Filem KL GANGSTer ni
mungkin sebab ada Zizan kot...
lepas tu AaRon Aziz pon boleh tahan jugak ketangkasan dia dalam sepak menyepak orang ni...
memang menjadi...tahniah lah kepada Anak Dato' Yusof...
abg SUL haku...kau ado????
dari 5 bintang aku bagi 4.85 bintang...
bestttt.....

yang ni pon boleh tahan jugak...memeiiii....

filem ni tak da Heroin taw...jgn harap lah nak tunggu heroin dia keluar...
cuam ada mak jah dengan Shira Iskandar ja...
hehehehe...
SO g lah tengok..
memang best...macam tengok cerita internasionale...

Rabu, 15 Jun 2011

Rejeki di tengahari...(Badak kamu patut bace)....

Assalamualaikum...

Turun liff jumpa dengan si Neny n Dayah...
so....
tengahari kan...
perut dan bergonjeng dah...
aku pulak tak makan apa lagi...
rasa mcam tak nak makan tapi nafsu ni lelebih pulak....
rezeki tuhan bagi...hahahaha
ni dia ....
nah?....


Walau pon da 1 ja...tapi bila kongsi ngn 2 orang...
nikmat dia tak terkata...
sila lihat dalam bulatan...
2 3 sedut dah kenyang...
dengan rasa lemak caremel dia...
ohhhwhhhhh tidak boleh dilupakan...
Terima kasih...kepada yg berkongsi...
hahahaha BADAK jgn jeloz...
Lain kali turun Makan Tengahari...
hahahahaha


♥♥MR.BLACK♥♥


Salam...
post kali ni bukan nak gebang,....
cuma nak bagi tahu ja...
rezeki lebih...
ambik kereta baru...
2nd hand....
MR.BLACK....huhuhuhu...

NI mr.bLACK...nanti saya cerita lagi tentang mR.Black saya ni k...Miss White Tetap DIHATI♥♥♥♥

makannnn

besttt...
sambil menikmati fries free...
from mcd....
good2...

Family Trip...

Assalamualaikum....
Hehehehehehe...senyum dulu....senyum sampai ketelinga....
Ok baru cerita.....tak sabar nak pergi ********
trip tahun lepas pergi A'Famosa Melaka
huhuhuhu...untuk tahun ni abang saya nak bawak g tempat ni....
huhuhuu...lagipon dari tahun lepas lagi nak pergi...
pelan nak pergi bulan 12 tahun lepas...
tapi disebabkan saya tunang awal bulan 1 so tak jadi lah pergi....
tempat ni pilihan mak saya...
dia kata dia nak pergi sangat-sangat...
saya dah 2 kali dah pergi tempat ni....
dah tak heran sangat dah...
huhuhuhuhu...
aiiii tak sabar dah nak pergi tempat ni....
dah bersedia dah dari segi mental dan fizikal....
Mental : lawan kesejukan/ke'budget'an
Fizikal : kena drive sorang2 kalau tunang tak dapat ikot
huhuhuhu...

Selasa, 14 Jun 2011

Kursus...

Assalamualaikum...
Hari ni aku da kursus kat JKR Woksyop...
nak tahu kursus apa???
biasalah kalau dah kata JKR Woksyop ni mesti lah kursus berkaitan automotif...
"Kursus Penyelenggaraan Kenderaan" khas untuk WANITA sahaja...
bos aku kata bagus buat kursus macam tu...
atlest kaum hawa ni tahu serba sedikit tentang kenderaan...
huhuhuhu...
OK lah nanti aku update aktiviti kursus tu k...
sekian.....

Isnin, 13 Jun 2011

Kenduri Kawin Syafiqah&Amirul

Aku suker gambar ni..

Salam...tajuk ja macam nak buat album dalam pesbook kan...hahahahaha
Saya cuma nak citer jer tentang majlis kawin kawan saya....
huhuhuhu...pelan punya pelan macam agak marah jugak lah...
saya dah tahu dah kehadiran dia yang bernama "seri" tu....
tapi dia nak suprize kan...OK...suprise kan...
mula-mula segan ni ingatkn kawan saya sorg lagi tu nk bawk BF dia...
saya dah fikir segan suma lah...tapi kalau tak g weding pika ni macam tak best jer...
sebab bukan jauh pon Rembau tu...so g jugak lah...
urmmm....makanan dia ok lah jugak...cuma napa tak da "
"Masak Lomak Cili api"...tak longkap aso eh....
tak pa lah...
masuk ja dewan tu tengok pelamin dia terpana aku..
cntk lah jugak...
memang pelamin sekarang fesyen macam tu...huhuhuhuhu...
ok jom view gambar....


Ni pelamin dia, cantik kan...cuma yg kurang cntiknya org yang ada kat dalam gambar ni...rosak dah gmbar pelamin ni...

Ni gambar mempelai...so sweett...

Masa berarak....bukan berkawad k...

Kongsi.....(Lu Langsi, Lu Mati)....

Assalamualaikum....
Ok kita cakap dalam keadaan senyap2 k...sebab sekarang ni saya tengah layan movie ni...hahahaha...kiranya saya ni dikategorikan sebagai ketinggalan zaman...OK...saya tahu citer ni dah lama dah kuar...saya baru nak tengok sekarang...selepas sebulan cerita ni dikeluarkan...ok lah tu....bukan 1 tahun pong...

Sekarang ni duduk senyap2...mengadap komputer...tengah layan citer kongsi....tengok citer pon nak sorok-sorok kan...sebab takut bos datang tempat saya...huhuhuhu...eh pagi tadi jumpa bos lepas 2 minggu tak masuk opis...huhuhu...bos selamat kembali ke opis...hehehehe..

Jom Layannnnn....

Jumaat, 10 Jun 2011

HARI KEBUZYAN...(apa bahasa aku ni)....

Salam...
Dalam kebuzian time bos tak da ni banyak perkara kena buat...
semua nya mintak tolong...
OK lah saya tolong...
sebab saya rajin membuzykan diri...
saya anggap kerja ni kerja yang dikira dalam SKT...
Perenggan terakhir...yang berbunyi...
"Perkara yang diarahkan dari semasa ke semasa"...
FINE...saya tak marah...
Saya ikhlas...hehehehehe...
OK lah...
Nak Balik Seremban Ni...
Jumpa saya dekat Pasar Malam Ampangan...
Dekat tempat Jual Air Soya...
"Daud Soya Enterprize"....
hohohoho....
Datang lah yer....kalau rasa nak tegur...
tegur lah ya....

"Air Soya = Minuman kesihatan"....

Ni kira aku memang tak da keja...
dok promosi ni...
hahahahahaha....

NOta Kaki : CC maafkan saya...sambil buat keja sambil berVlog.......

Cheklist untuk bertunang.....

Patutnya ummi post 6 bulan lepas...tapi baru teringat sekarang...hahahahaha nak2 pulak da kawan-kawan tanya tentang hal2 bertunang ni...so ummi try cheklist kat sini,...kalau diaorang tanya ummi soh ja dia buka blog ummi...hahahaha senang...
  1. Pilih tarikh :- Biasa nyer tarikh bergantung pada lelaki...kita ni datang sambut ja...asalkan tarikh tu dipersetujui oleh kita dan keluarga kita...Ummi = 01.01.11
  2. Waktu :- Waktu nak sarung cincin ni terpulang lah kat korang...tapi time Ummi ri tu buat sebelum makan tengahari....ada yang buat lepas asar...
  3. Tempat :- Sebab ummi ni tk da budget lebih nk wat kat hotel ummi wat kat rumah jer...sarung cincin Kat Hall, da Pelamin sekali...bilik kecik tak muat...
  4. Tentukan jumlah hantaran L/P :- eg: 9 dulang (P) balas 7 dulang(L) tapi time ummi dah sedara ramai nak sponser jadi 11...tu rejeki namanya...untung pihak lelaki lah...heik3...
  5. Pilihan Tema hantaran :- BiruPink....
  6. Pilihan Gubahan sendiri / tempah :- Tempah jer...sebab da kawan nak tolong buat...lagipon masa tu tak da masa nk buat...byak benda lain nak pikir lagi...sebenarnya kalau buat sendri lagi jimat.
  7. Pilihan Warna pakaian L/P :- Bergantung pada tema...(L) ummi outt lah ri tu..dia ckap keling...
  8. Tentukan jenis barang hantaran :- eg : Perempuan = 9 (listkan barang2 ..dia setuju tak barang yang kita nk berikan...kalau makanan tu dia setuju ja kan..)
  9. Tentukan jenis barang hantaran :- eg : Lelaki = 5 (pihak lelaki tanya jugak ummi, tapi ummi tak kisah..tk mo demand2..ni baru nak tunang, lepas kwin nti demand lah lelebih...)
  10. Jumlah wang hantaran & mas kahwin :- Hantaran : oppssss!!!! (yang penting ikot kemampuan laki kau).. , Mas Kawin : (ikut negeri )
  11. Cincin tunang :Ummi lagi suka cincin ada batu...nasihat ummi baik g survey dulu sebab cincin ni kita nak pakai smpai mati...takkan nak gadai/jual kot...
  12. Pilihan Dais / Pelamin :- Nak senang pelamin...nak simple sarung kat depan ja..nak lagi sopan sarung cincin dalam bilik...ikot kesesuaian...
  13. Makeup :- SImple but nice&nampak ayu jer...tapi time ummi tu ummi boleh cakap OK lah...wlaupun tak berapa puas ati...
  14. Jurugambar :- NO NEEDED...ko suruh ja adik ko ambik gambar...nak jimat kos....
  15. Sediakan bajet jamuan makan Tengahari :- masak sendiri (ni parent yang pikir...ummi banyak benda nak pikir lagi)...
  16. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp :- Hak3...bapak aku tk berapa nak cakap sangat...ikot done jer...
  17. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta :- ini kan no comment...kata nk datang 2 kereta sekali datang sepolohh kereta...non aplication...penuh rumah sampai dok kat luar...
  18. Doorgift :- kalau lebih budget boleh lah buatkan...
Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan
Tarikh nikah/ langsung kt mana?
Tak decide lagi....
Tarikh kenduri ?
Belom ada lagi..kejap tenggelam kejap timbul..
Jumlah wang hantaran?
Kompom....Dah bayar separoh..
Jumlah wang mas kahwin ? Ikot negeri..
Jumlah barang hantaran semasa kahwin?Nanti pikir...bukan sekarang sebab tak da tarikh lagi belum ada semngat nak buat...

Nota Kaki : ummi tk ingat lah copy cheklist ni kat mana...
lupa nak mintak ijin....maap lah yer...

Khamis, 9 Jun 2011

ASB???aku da jugak...

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Dugaan hari pertama bertunang....(Khas untuk orang yang dah bertunang, akan bertunang, yang dah kawin)...budak2 tak boleh campur.....

Assalamualaikum....
minggu lepas mesti ramai kawan-kawan korang yang buat kenduri kan...tk kisahlah kenduri kawin ka, tunang ka...asalkan kenduri...al-maklumlahkan musim cuti sekolah ni...semua dok pakat nak buat kenduri...senang...family dan saudara mara semua mesti ada...senang diaorang nak datang...tk dalah pikir tentang ank nak sekolah sume tu lah...

Aku cuma nak kongsi cerita al-kisah pertunangan ni...eh...jangan salah faham...bukan pertunangan aku...tu cerita lama 6 bulan yang lepas...tapi tentang kawan aku ni...cerita dia sedih jugak lah...dari awal bercinta-cinti ni dia dah lalui pelbagai dugaan...sampai hari pertunangan...masih da lagi masalah...dan sekarang ni dia didalam keadaan dilema....yang buat aku sedih sangat tu sampai masa nak sarung cincin tu dia menitiskan air mata...bukan air mata kegembiraan...tapi air mata kekecewaan dengan sikap family dia....

Korang mesti dah tahu kan sikit2 tentang kisah cerita ni...ianya adalah masalah Family...bukan masalah antara mereka yang bertunang tu...ok lah aku view sikit2 lah k....

Kawan kau opkos lah perempuan...dia anak someone..anak kepada Pengarah Jabatan Kerajaan satu Negeri tu...Ok aku higligt lagi k...ANAK PENGARAH...korang mesti dapat tangkap kalau dah kata pengarah ni mesti lah dia bos kan....evenly bapak dia bos kat pejabat kat rumah pon bos jugak...kalau bapak dia kat A, A lahko kena buat....masa jaman percintaan kawan aku ni ada seorang lelaki menaruh harapan...lelaki tu baru balik dari US..baru abeh belajar...mak kepada kawan aku ni suka dgan lelaki baru balik dari US ni...Tapi bapak dia yg bozy tadi tak berapa suka....

Lelaki yang dah menjadi tunang dia sekarang ni adalah lelaki kebanyakan...keja dia jabatan kerajaan dan jawatan dia biasa2 ja...dok kat area Felda, kampung-kampung, tak kaya...tapi sayang punya pasal kawan aku suka kat lelaki ni...

Sebabkan lelaki dari US tu asyik kacau pompuan ni...tunang dia buat lah keputusan tok merisik dan bertunang dan lepas tu pasti lah menikah...masa merisik tu semua berjalan dalam keadaan yang lancar...tapi masalah datang bila waktu pertunangan...semasa majlis perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan tu ada perkara yang membuatkan pihak lelaki tak setuju dengan pihak perempuan...dan pihak perempuan mempertahankan kenyataan diaorangalh...tentang majlis perkahwinan...pihak lelaki tetap menentang...macam aku cakap tadi kalau bapak si pempuan ni kata A, A lah yang lain kena ikot...tapi malangnya pihak lelaki tak bersetuju...sebab tu lah masa majlis tu keadaan menjadi tegang...masa si perempuan nak turun sarung cincin pon dia dah menagis menitikan air mata.,....

So sekarang ni masih lagi dalam perbincangna...kawan aku pulak dalam dilema....dia boleh kata ngan aku kalau abah dia tak setuju jugak dan masih lagi mempertahankan apa yang dia cakap 2 perkara ja dia kena buat...yang pertama : dia kena tinggalakn tunang dia sekarang ni...maksudnya putus tunang dan pulangkan cincin...yang kedua : dia lari dengan tunang dia kawin kat siam...So kalau korang, korang buat apa???


Nota kaki : kadang-kadang kekerasan keluarga ni membuatkan anak-anak jadi mangsa...nak cerita tentang pengalaman aku tunang 6 bulan lepas..tapi mood suengg lah...malas nak bercerita...tapi aku nak cerita jugak nanti...takot aku lupa dan akan jadi kenangan terpahat dalam blog KoieU2 ni....

Apa nak jadi??....

Assalamualaikum....
adeii ai...apa lah nak jadi dengan ank muda MELAYU jaman sekarang ni...
jap sebelum tu...Astrafirullahalazimm....ni aku ucap sambil mengeleng ni...
sesuci hati ku dalam keadaan aku berpuasa ganti dan sunat hari khamis dan juga sunat bulan rejab ni...
sekali lagi aku hilangkan boring aku dengan membelek blog2 blogger...
aku terkejut...nama punya lah best...tapi....urmmm aku tak berani nak nilai....
lepas cerita tentang tak da TUTTT....(Very2 sensitif tu)...
ni al-kisah B_ _ _ _ _ _ M _ _ _ _......
Adoii ai....kesian kan...
aku pon dok kenang diri aku, kalau jaman sekarang ni macam ni....
jaman anak2 aku nanti lagu mana eh???
Ok sekarang aku kena lah bermuhasabah diri kan...
sedari kekhilafan diri...
"Dunia dah tua, ibarat sorang nenek dah bongkok 3....
bila-bila ja kiamat akan tiba...
tanda nya sudah mula....
sedarlah kita semua..".(Peringatan ni untuk diri aku jugak)....


Rabu, 8 Jun 2011

Berita sedih...

Salam....Sedih ja rasa...betul-betul mengharap...
tapi akhirnya tidak jugak...tak pa lah...
biar aku terus makan hati...tapi air mata ni dah bergenang ni..
huhuhu...so sadddd....
sesuatu yang tidak seronok...
mood...DOWNN...

Kerja Gila...


Assalamualaikum...
Hari ni kitaorng buat kerja giler...
Decide pkul 11.30...
pkul 12.00 jalan....
huhuhuhu...
macam-macam ragam diaorang ni...
cuma nak cari 1 benda ja...
Cari hadiah kawin member opiz..
tapi melalut2.....
sabar ja lah...
yang aku tak tahan tu...
"Panas lah, OK memang panas...
sebab ada matahari...
aku pon berpeluh...
pergi mengantuk sampai menguap 7 kali...
balik pulak rasa nak tido...
mcam2...
aku ja yang stedy gurlll.....
nak thu kitaorang g mana??
Jalan TAR...
Memang kerja GILER, tapi kitaorang dah biasa dah...

Selasa, 7 Jun 2011

Ni dah tahap paling bosan....


Assalamualaikum...
keja belambak ri ni...
surat masuk/keluar perlukan perhatian...
tapi aku buzy bace blog orang...
penat mata ni.....
boring pun iye jugak ni....
perut ni lapar ja...
nak makan tapi macam tak da selera....
urmmm...pikir baju raya sekarang ni,...
tak thu nak beli bila....
tensionnnn......
itu ja nak tulis...
sebab boring sangat...
byeee...

Khamis, 2 Jun 2011

Jangan terus streesssss....

Assalamualaikum...
aku dah rasa bersalah ni sebab post entry berkaitan makanan...
orang yang bace tu tengah pose ganti...(termasuk lah aku).....
tapiii...nafsu makan tu kuat lah...
tp iman aku insylh msih teguh lagi...
tak tergoda tapi terliur ja....
hik3...
Kepada semua umat islam....
Esok 1 Rejab...
digalakan untuk kita berpuasa sunat...
sapa yang tak leh puasa tu doa bebanyak eh...
keistimewaan bulan rejab di hanya datang setahun sekali ja...
jangan lepaskan peluang ni....
Ok lah cakap pun dh macam uztazah dah...
Kepada mereka yang belum puasa ganti lagi...
hanya beberapa hari saja lagi yang tinggal tok kita ganti...
belum tolak hari Allah Bagi Cuti..(ABC)....
SO...mulakanlah sekarang...
saya dah mula...
anda bila lagi???
aceceah macam iklan pulak...
k lah...selamat berbuka puasa....salam...
Bila kita berpuasa...jimat duit dan kurang makan....

Wafle oh wafle...

Assalamualaikum...
sejak 2 3 hari aku start ganti puasa ni asyik teringin ja nak makan...
tapi dok kata badan ni mengembang dah....
kali ni aku terasa betul nak makan wafle....
wafle Choclate + Peanut....Heavenn....
actully minggu lepas aku g pasar malam dgn adik-adik ipar aku...
al-maklum lah mak mentua datang rumah sampai aku kena cuti...hik3....
kat pasar malam tu adik ipar aku beli wafle...
pelik kan...wafle jual kat pasar malam....
kat seremban mana da jual wafle kat pasar malam...
nampak macam sedap ja dia makan...aku nak mintak macam malu lah pulak...
hahaha so kebetulan malam ni ada pasar malam....
aku nak g beli sorang2...beli wafle ni...huhuhu...
selalu kalau balik kampung aku suka beli wafle dekat petronas dekat Jalan Paroi-Kuala Pilah tu...
Wafle kat situ sedap jugak...huhuhuhu...
aku dah terliur ni...
cepat lah maghrib...
nak buka puasa....
Wargghhhhh...

Nasi Arab Damsyik

Assalamualaikum...
Tengahari ni aku rasa lapar lah pulak...
biasa lah kan time macam ni memang time makan...
saja ja nak wat diri ni terliur time tak da keja ni..
aku try google Nasi Arab...
PEHHHHHH....yang keluar semua mengiurkan...
memang lately ni adik aku, jiran aku, tunang aku sume lah yang dok kat area Seremban/Senawang dok kata tentang Nasi Arab ni...
ada kata sedap ada kata tak sedap......
mungkin tu selera masing-masing...
aku nak kongsi dengan korang kan tentang Nasi Arab Damsyik kat jalan Paroi-Senawang ni...
Memang jalan ni akan buzy ja...
sebab ramai sangat orang datang makan kat sini...
orang yang bawak kereta pon main parking ja kat tepi2 jalan tu...
sebab terlampau ramai orang yang datang.....
kalau lalu time malam kan memang nampak lah kepadang pasiran kedai ni...
Ok lah aku kongsi gambar ngn korang k...
gambar ni suma aku copy kat blogger yang penah makan kat sini....
nampak sedap ooo....

Ni pintu gerbang atau pon 'trademark' restoran ni...

Ni nasi Arab Damsyik...ada ayam/kambing...

Saja ja besarkan gambar ni...hahahahahaha...sedap nyaa.....

k lah kalau korang nak g kan ni alamat dia...
RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK NO 1 JLN BOURGAINVILLA 1 TMN BOURGAINVILLA SENAWANG Seremban, Malaysia, 70400
Phone:
019-4217930;014-2657313


Nota Kaki : nak ajak tunang aku makan kat sini..tapi dia penah kata kawan dia makan tak sedap...itu selera kawan dia selera aku lain.....hahaha...suma sedap....

Masyaallah....

Assalamualaikum....
pagi ni bila masuk opis dalam keadaan mengantuk...
terus chek e-mail sambil buka blog...HOTTTT.....memang hot...
aku kalau boleh tak nak bace benda yang boleh buat aku mengucap panjang ni...
Masyaallah.......
Budak-budak sekarang ni memang mcam ni ka???
buka aib sendiri...tunjuk kehebatan diri...
Ishhhhh....nak mengaku tak kena tempat...
naik juling aku bace coment dia...
org yang sokong apa yg budak tu buat mcm pendek akal jer???
tah lah....tak tahu nak kata apa.....
aku macam terpana seketika bila bace antry budak tu...
ishhhh...tak mo ingat....cuma aku kesian dengan budak tu...
mungkin keadaan sekeliling dia buat dia pilih jalan hitam....
banyak jugak reaksi dari blogger lain....
aku cuma nak kongsi ni ja....
arap paham sendiri....


Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.

Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”


Rabu, 1 Jun 2011

im in a S _ _ _ _ mood...

Assalamualaikum...
dah beberapa hari ni bos tak da...
meting + cuti...so kau mmg tak da keja...
keja aku kembangkan vontot dok depan komputer...
mood hari ni layan cerita hantu kat internet...
ada yang seram jugak...
nak-nak pulak ada member yang ajak g tengok rumah banglo berhantu...
gilerrrrr....
dulu leh lah beb...sekarang semangat aku cepat down...
huhuhu sebab pengalaman tu kan...
tu yang semangat hilang mendadak tu....
bila bace citer kat internet pon aku macam dapat rasa hantu tu ada bawah meja aku ni...
tapi still gigih bace jugak...
hahahahaha...
byak lagi tempat hantu aku nk bce...
esok smbung lagi citer...
urmm...nak mintak maaf ni...
dekat Iffah dengan Kak Bedah...
tak pasal-pasal jer diaorang ni kena teman aku g tandas...
aku takot lah pulak nk g sorang-sorang...
neway time kasih yer....

Salam part 6


Assalamualaikum... Sedar atau tak esok dah masuk pertengahan tahun 2011... macam rasa cepat ja... rasa baru ja malam tadi tengok persembahan bunga api dalam tv... sekarang ni dah start cuti sekolah bulan pertengahan tahun dah.... cepatnya masa berlalu.... ok lah juzt nak ckap selamat tinggal bulan 5 dan selamat datang bulan 6.....
bersyukur pada tuhan sebab diri ni masih ada..
dan masih boleh melihat matahari sehingga sebelum mati...