Selasa, 30 November 2010

SUAMI YANG LUPA......


Aku dapat dari blog seorang suami......

SUAMI YANG LUPA...


(Di tulis pada awal perkahwinan, 2002)


Isteriku..


Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...


Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...


Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..


Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..


Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...


Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata
“jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,


Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..


Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.


Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..


Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.


Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?


Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.


Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.


Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..


Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...


Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..


Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh


Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..


Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!


Aku malu pada diriku...


Maafkan aku wahai isteriku

Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...


Kesimpulanya.... aku suka bace luahan ni... sbb aku suka tengok cra lelaki ini bercerita tentang kehidupan... cara penulisan yang bersahaja... mmg seronok bila membace... tertarik membace lagi dan lagi... tok sekian kali ni aku bace lagi.... Seorang lelaki yang telah diseru Allah untuk berumahtangga... memilih seorang perempuan yang rela dijadikan istri nye.... dan cara dia membawa keluarga memang minat untuk aku lihat dan ingin sekali untuk aku merasa... moga tuhan ketemukan aku dengan seorang lelaki yang sama seperti dia.... dapat mengemudi bahtera keluarga kejalan yang diredhai Allah... sedangkan dizaman siber ni... jarang sekali kita lihat keluarga seperti ini... termasuk lah keluarga aku sendiri...

'Ya allah ya tuhan ku temukan aku dengan orang yang ingin kau temukan'.....

Isnin, 29 November 2010

Akhirnya.....



Finally dapat jugak aku mkan roti dari Bahome...
ilang rasa lapar aku ri ni...kuang2.....
makan roti gemuk tak???


Sempat lagi tangkap gmbr sebelum g beli roti tu....
soh kak mas ambik 'angel' dri tepi...
nampak kurus tak????
lately ni aku obses nk kurus...(Kurus tk tulisan kurus ni)...
Nurul kalau aku tak mkn kmu jgn paksa k...(wat muka seposen bulehhh)
Ini untuk masa depan aku jugak....
Tapi kalau kamu tengok aku mkan byk tu marah aku k...marh dengn senyuman...
arap kamu faham....

Lapar....

Macam mana lah aku nk diet kalau cm ni pnya penangan datang...
Petang2 sejuk ni teringat makanan kat bawah tu...
kat DBKL(cekedok pisang kat ummi tu, kopok rangup ummi, nasi kukus ayam dara,...(nyum)...
kat FOodcourt(laksa penang, chiken chop..huh lazat...nak up ja...mkn nak mahal2...ishhhh...
Oasis (makan goreng2 ker, rebus2 ker)...
MCD, KFC, Rasa Mas...
huh....
sedap giler...
paling tidak pon oder nasi putih ngn TOMYAM Campur ok....
see my air liur sudah terkeluar dicelah2 gusi ni....
telah ja lah...gluppp.....
hahahahaha....
air teh pagi tadi beli ngn badak tak beh lagi...
Pelik lah manusia ni ssh nk abiskan air...
rasa lapar lah....
tp tak tahu nk makan pa...janji pa yg dimakan tu mengenyangkan....
sugest lah mkanan pa yg beshhh.....
blik jap g nk g beli.....

makan kat umah smbil tengok TV3....
huh....nikmat tak terkata.....

Jumaat, 26 November 2010

my boss.....

Sebelum itu.... Maafkan saya boss....

Saya ada seorang bos...
bos saya baik sangat...(bukan bodek ok)...
tp siyes dia mmg baik...klu tk caye tanya badak ngn neny...biar ummi tolong tanya kan...
Badakkk....nenyy...cik adam bos ummi tu baik kan????
haaaa see..kan umi dh ckp diaorg kata ya pastu anguk2 kepala...ummi nampak....jauh dimata dekat dihati ok...
2 3 4 menjak ni performence keja ummi kurang lah...
mungkin ummi dilanda masalah dalam percintaan..hahahaha
itu lah sebenarnya yang menggangu...
hehehehe...trus terang disini k...hahahaha...
ummi rasa hal kerja ummi letak no 2...so anythg yg berkaitan kerja ummi dh kurang ambik thu....
n now bos ummi yang baik tu telah memberi kan kerja tok ummi...
tapi ummi terus ja blur...eh bila plak bos nk g trenganu???ISNIN...OMG...tk thu pong...
borang pergerakan pon dok wat lagi...jawabnyer???urmmmmm...
kelam kelibut lah aku.....
see...nampak tak betapa tidak beradanya aku diopis ini...sedangkan badan ummi disini.....
masalah memang begitu...
sering membelenggu dan terus membelenggu.......
'Jangan biarkan diri anda diselubungi MASALAH/PROBLEM.....'
Inilah ghupe nyer bila ummi dilanda masalh....macm sekarang ni...tengah ada masalah lah ni....tp tetap manis ngn cantik kn...walaupon dlam hati ummi jiwa kacau...dlam hati korang mst kata ummi perasan...kan2..Klu rasa nk muntah, muntah lah sekarang....wueeekkkkkksss...

Baju oh baju....

Dah tak tahu dh nak tulis apa kat blog ummi ni...so ummi merapu ja lah tentang aktiviti yang menyeronokkan...mula2 wat tu takot2 sebab modal besar dan risiko tinggi...tp makin lame makin syok wat...nak2 plak bila org yang beli tu pakai apa yang kita jual...pastu nampak cntik ja...hahahaha..(kepada pembeli jgn kembang semangkuk sb ummi kata anda cantik)...hahahahaha...Nak tahu apa aktiviti ummi tu????scroll downn....



...1...




...2...




...3....



...4....




....5.....




....6....

Sampai bila lah nk cm ni..korg tengok ja lah...


Ha cantik tak???kak leha tengok ni mesti dia nak...tapi dh tk sempat nak ambik tok dia...dia dah nak pindah dah...hari ini last....

Kain shifon/jarang..RM 70.00
Purple colour.....ada warna lain..seperti dibawah....


Warna lain : Biru, Oren dan Merah

Kain Viscos lembut. harga : RM 65.00
....Warna avalable : Purple (AzlinaMY), Merah, Ijau (Aku), Biru, dan coklat (Seperti gambar diatas)


Kain Viscos.. RM 65.00
Warna : Coklat (seperti gambar), Merah Seperti gambar, Hitam Pink (Seperti gambar), dan Oren.


Kiri : Kain shifon jarang (RM 60.00), Tengah (seperti diatas), Kanan : harga tidak dinyatakan...

Kain Washable : RM 70.00....

Kain batik 1 Malaysai : RM 75.00...(Paling laku dah banyak telah terjual)...

RM 70.00...Banyak pilihan warna seperti di gambar...

Nurul : Meroon (Telah terjual), Masruha : Biru cair (Telah terjual),
Sri Suriani : Pink + Biru (telah terjual), CC : Merah + Biru (Telah terjual)


Kain Shifon jarang : (harga belum ditentukan)...Warna seperti dibawah...



Kain corak Batik (Harga belum ditentukan)

Kain Shifon Jarang : (harga belum ditentukan)

Kain corak batik...RM 65.00...(Muhainah telah membeli)....

Jamu mata k...cuci2 sikit kalau ada taik mata tu...
pastu tunggu lagi...Saiz dr SS - XL...
Beli lah....hahahahahaha

Khamis, 25 November 2010

ETS KTMB.....



Salam all...

19 November 2010 : Bangun pagi...nak g keja ni...kol 5.00 dah bangun dah...siap2 dalam keadaan mamai yang gelap gelita tua start enjin keta trus bawak g KTM....parking keta beli tiket ke Midvalley...smpai ja ktm trus ja pelik...eh nk naik tren yang mana 1 ni???yang baru ada yang lama pon ada....aku pikir klu naik yang baru tu tak thu dia turun ataw tak kat Midvalley..so dah gayat sgt naik ja lah yang bru tu kan...nak merasa...kita bukan selalu naik komuter pon...naik ja lah...Masyaallah...(gayatnyer aku).cntik nyer tren ni...aku tk penah naik tren exclusive cm ni..trus aku keluarkan 'Ceknon aku'..snap 2 3 keping...pastu dah...trus tak mamai dah...laju jugak..aku suker...perjalanan asa smooth jer...

Sedikit maklumat mengenai ETS KTMB yang baru ni. ETS KTMB ni merupakan tren tercanggih dengan teknologi Jepun yang pernah KTMB ada. ETS KTMB juga mampu bergerak dengan kelajuan 140km/j. Dengan kelajuan ini tren berkenaan mampu melakukan perjalanannya KL-IPOH dengan mengambil masa hanya 1jam 15minit.

ETS KTMB ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, tandas untuk OKU, televisyen untuk hiburan, cctv untuk keselamatan penumpang dan pramugari untuk memberi layanan kepada penumpang. Memang seronok ETS KTMB ni..hehehehehe....


Tempat duduk dia memang selesa.....


Suasana dalam ETS....

Rabu, 24 November 2010

24 perkara JANGAN dilakukan...

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.

1 stepp...

Ma parent...lov them so much

Majlis merisik yang dirancang 2 minggu telah berjalan lancar...
insyaallah dengan izin yang maha esa...
majlis pertunangan akan diadakan pada 1.1.11....
doakan kami bahagia dan dirahmati selalu...amin...

i got this from him...TQ to him n family

anak-anak buah aku ni...nakal sungguh...sorg tengah makan, yang 2 org tu melopon tengok tv..

Ni aku lah ni..berdebar2 dah..tengah msg ngn BF lah ni...
ms tu family dia tengah siap2 nk datang

Orang kuat kat dapur.....

sempat lagi bergambar sebelum majlis bermula...

Tanya ja apa pon soalan kat puteri ni...dia mesti geleng...
'Adik maklang cantik tak ari ni???...puteri geleng kepala...'



Kalau paksu dia layan dia, dia cukup suka...
gambar ni sehari selepas majlis merisik tu...penat nk mask makan ja kat luar...senang.....

aku???

'Aku tidak hidup kerna dipuji mereka,
aku tak mati kerana dimaki mereka'

Jumaat, 19 November 2010

Suku sakat org N9... 'Biar mati anak, jangan mati adat'..

Dulu sewaktu adat diamal dengan kuat (sekitar tahun 1960 an dan sebelumnya) lelaki di luar lingkungan pengamal adat perpatih yg ingin menikah dengan gadis yg mempunyai suku, haruslah terlebih dulu “masuk suku”. Artinya lelaki tersebut perlu memilih mana-mana suku 12 selain suku gadis untuk dimasukkan dan dijadikan waris suku melalui proses “cicah darah” dengan mana-mana waris suku berkenaan.
Setelah lelaki tadi disahkan dalam suku tertentu (contohnya suku Tanah Datar) manakala gadis dari suku lain (contoh suku Aceh) barulah pernikahan boleh dilakukan. Demikian peraturan adat yang perlu dipatuhi
...

Dalam 2 weeks ago mak BF da cakap tentang suku-suku adat orang N9 ni...
yang wat aku sakit tu bila dia kata kalau tk sama suku kitaorg tak buleh kawin...aku pon mula lah berdebar2...orang dah lah pening kepala citer tentang nak kwin...bila dengar cm ni terus ja aku tension...aku pon dah cuak lah...mmg aku tahu...tp tk terpikir...korang paham tak???aku mula2 tak paham sangat...tp bila mak BF cakap sikit2 aku paham lah....tp aku tak sangka lah dalam family dia masih lagi nak berpegang pada adat perpatih ni...tp mmg aku tak sangkal kan lagi lah...lagipon pepatah orang N9 pernah berkata "Biar mati anak, jangan mati adat"...Berani ko nak langgar adat ni???..kalau korang tak paham jugak...ni aku terangkan...cuma nk ingtkan suku-suku ni dia belah pompuan ja...belah laki tk main suku-suku ni...so kita ni mengikut suku mak kita lah...sebab suku ni dibawa oleh nenek kepada nenek kepada nenek kepada nenek kita dulu...klu dikaji blik sapa yang sama suku dia adalah 1 suku ataupun 1 nenek yg first lahirkan suku-suku ni...ha faham tak??tak jugak...ikot korang lah...

Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan: Suku Biduanda (dondo) (Family BF), Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumboh), Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang (Somolenggang), Seri Lemak (Solomak), Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, Tiga Batu (Family aku)...

Family BF
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan....so kiranya sesiapa saja dari keturunan suku Biduanda ni dia adalah keturunan daripada RAJA-Raja zaman dulu tu..alah sebolum diorg datang dari Minangkabau tu memang dah ado dah darah rajo dalam keterunan diaorang ni....mmg mak BF da kata nenek kepada nenek kepada nenek mak dia dulu mmg keteruan "Tengku" tapi salah sorang dalam adik beradik nenek kepada nenek kepada nenek tu kawin dengan rakyat biasa so nama "Tengku" tu digugurkan...so guna nama biasa ja lah...klu tak BF aku mst nama dia 'Tengku Mohd Kharirillah' ...Wuekkkk(Montoh sekarang jugak!!!!@#$@###)))) kalau BF dengar ni mst dia bangga....

Family aku (Tiga Batu)
aku tk dapat lah nk cari tentang family aku ni...nti aku post lain leh tk....hehehehehehehe..kejam2 sapa yg sama suku ngn aku tu jgn kecik ati k...tp BF selalu kata ngn aku yg aku ni dr keterunan 'Tiga Suku'...kejam tak????mmg kejam kan...aku tiga suku pon dia nk kt aku jugak...wawawa...kena ko blik...hahahaha.... nti aku post lain k...daaaa...(taip pon nk cepat ja sebab kejar masa kan)...MASA ITU EMAS...

Malam dan mimpi...

Adakah malam-malam ku akan bercahaya atau terus bergelita dengan suasana yang sunyi....

“Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

Tenangkan hati, rileks kan jiwa, kosongkan fikiran....

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you...
TQMAHERZAIN....

Hari penentuan...

21 November 2010....
adalah segalanya....
"siapa" aku dengan dia....
Jika ia terbukti nyata...
aku bersyukur padamu YA ALLAH....
makbulkan doaku amin..ya allah...
adakah dia Tulang rusuk kiriku???...

Khamis, 11 November 2010

Bangga tak??

Dah Lama Tak Up-date blog...

Saja2 ja gatal nak google tentang Daud Soya...hehehe..

Tbe2 jumpa coment ni dr blog seseorang tu...
Huh!!!!!...bangga siut...
Sb insyaallah saya akan behalf family Daud soya....kuang3

2 comments:

shazreen said...

gahahah
abg ijan maken ensem!!
aku rndu burger dieee!!!
argghhh!!xDD

Muhammad said...

baru lepas pekena ijan burger oblong..

BTW air soya dia dulu tuh is from Daud Soya... u can get it at Petronas ...:)

Pasni leh la try cupcake OnePieceBakery plak ek :D

http://onepiecebakery.com

Rabu, 3 November 2010

Bersalah atau tidak????

Adakah aku bersalah pagi tadi...
ini bukan cara aku...
tapi bagi aku cukup lah selama ini aku berlembut dan bersabar dengan apa yang terjadi....
tok kali ini tuhan dah keraskan ati aku,
tuhan dah hilangkan perasaan kesian, simpati...
dan semua dasar itu telah hilang...
adakah patut untuk aku minta maaf???ohhhh tidak mungkin...
Bukan salah aku...
i alredy do the best for us...
but dia masih macam tu....
11 bulan telah berlalu...
biar lah ia berlalu...
tidak pula timbul niat untuk berdendam...
aku doakan dari jauh....
dan aku akan pergi...
tamatkan persengketaan ini....
cuma tunggu hari....
hari itu akan terjadi....
aku rasa aku tidak bersalah...
andai tuhan timpa kan aku balasan dengan keegoan diri ni...
aku terima..
kerna aku insan biasa...